LRT Buka 15 Stesen Baru Sehingga Putra Heights

Trending

LRT Buka 15 Stesen Baru Sehingga Putra Heights

Perkhidmatan fasa kedua LRT hari ini mula beroperasi dengan 15 stesen baru di mana penumpang boleh meneruskan perjalanan sehingga ke Putra Heights.

Advertisement

Menurut portal FMT, dengan pembukaan Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP), orang ramai boleh menuju ke Kuala Lumpur dari Putra Heights, dan memilih sama ada menggunakan laluan Kelana Jaya atau Sri Petaling/Ampang.

“Ataupun, anda boleh merancang perjalanan dan menggunakan kedua-dua laluan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Ia juga menyediakan kemudahan silih-sambungan atau “connectivity” dengan perkhidmatan KTM Komuter di stesen Subang Jaya.

Antara laluan LEP termasuk Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15 dan SS18 (Subang Jaya), Subang Taipan, Wawasan, USJ 21, Awan Megah dan Subang Alam.

Ahmad Nizam juga mencadangkan pengguna LRT berjimat dengan pakej bulanan MyRapid SMART 30 dan pakej mingguan SMART 7.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.