“Love Tengok Korang Berdua, Anak Anak Happy Sangat” – Mendoakan Yang Terbaik, Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Baru Azri Iskandar

Hiburan

“Love Tengok Korang Berdua, Anak Anak Happy Sangat” – Mendoakan Yang Terbaik, Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Baru Azri Iskandar

Sebelum ini, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan dan tuan empunya badan yang bernama Dr Azra atau lebih dikenali sebagai kekasih aktor Azri Iskandar.

Meskipun Azri pernah mendedahkan mereka mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun Dr Azra itu tidak pernah didedahkan sehinggakan ada yang mendakwa ia hanyalah individu yang sebenarnya tidak wujud.

Advertisement

azri iskandar
5 months ago

"Netizen Kata Gila Bercinta Dengan Bunian" - Nak 'Tutup Buku', Azri Iskandar Serik Kongsi Kisah Percintaan Dengan Dr Azra

 

Doa agar semua dipermudah

Terbaru, bekas isteri Azri yang juga merupakan seorang pelakon hebat, Ellie Suriaty telah berkongsi di Instagram story foto memaparkan dirinya dengan kekasih baru Azri.

Difahamkan, wanita itu bergelar Dato dan menerusi Instagram, Ellie mendoakan agar semua urusannya bersama Azri dipermudah.

Dikenali sebagai Noora Kay, Ellie turut memuji bakal ibu tiri kepada anak-anaknya itu cantik bukan sahaja luaran tetapi juga turut mempunyai hati yang baik.

noora

 

Anak anak gembira

Ellie turut berkongsi foto di mana anak-anaknya bersama Noora dilihat mesra bersama dan merestui hubungannya bersama bapa mereka.

Semoga Allah SWT merahmati serta permudahkan segala urusan hamba hamba. Family bonding hingga ke jannah.

noora

Noora merupakan rakan karib kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh dan dia turut berkongsi video pertemuan mereka menerusi Instagram.

Ellie juga turut meninggalkan komen dan mengakui suka melihat Noora bersama Azri malah berkata anak-anak juga gembira dengan hubungan tersebut.

noora kay

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...