Lotus Dilepaskan Dan 49.9% Saham Proton Dijual Kepada Geely China.

Trending

Lotus Dilepaskan Dan 49.9% Saham Proton Dijual Kepada Geely China.

DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton).

Advertisement

Kedua-dua syarikat tersebut telah pun menandatangani perjanjian pembelian saham Proton sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Berdasarkan perjanjian itu, dilaporkan proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely dengan menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Dalam perjanjian itu juga, Proton bakal melepaskan semua pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.

Ekoran penjualan saham itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden telah menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Geely Holding, juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.

Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.

“Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.

“Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber : The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...