August 18th, 2015

Pasti ramai yang suda tahu dan melihat video dimana mikrofon penyanyi Ziana Zain tiba-tiba tercampak jatuh sewaktu beliau membuat persembahan di KLFW 2015. Memang terkejut dan pada masa yang sama lucu juga bukan?

Sedar insiden tersebut sudah menjadi viral, Ziana yang turut merasakan ia satu perkara yang kelakar menjelaskan mungkin mikrofon beliau itu terjatuh dek kerana losyen yang beliau gunakan pada tangan sebelum membuat persembahan.

Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi.

Kalau kita lihat didalam video tersebut, walaupun terpaksa menanggung malu dan terkejut apabila mikrofon beliau terjatuh, Ziana sempat untuk menghabiskan persembahan beliau dengan penuh yakin.

Buat beliau, seseorang artis itu tidak cepat melatah dan harus bertindak profesional jika berlaku sebarang situasi yang tidak dijangka semasa berada di atas pentas.

Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan.

Sikap profesional Ziana Zain dalam menangani situasi tersebut haruslah kita puji dan apa yang penting seseorang artis itu harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...