Lorong Tambah Nilai Ditutup Hingga 2 Januari, Ini Senarai Lokasi Tambah Nilai Di Lebuh Raya Plus

Kehidupan

Lorong Tambah Nilai Ditutup Hingga 2 Januari, Ini Senarai Lokasi Tambah Nilai Di Lebuh Raya Plus

Ramai yang sudah siap mengambil cuti sempena perayaan Hari Krismas dan tahun baru ini. Ada juga yang menghabiskan cuti tahunan dengan memilih untuk pulang ke kampung halaman. Jadi itu bermaksud jumlah trafik dijangkakan akan meningkat dari biasa.

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan lorong tambah nilai akan ditutup bermula hari ini sehingga 2 Januari 2020. Penutupan lorong ini dilaksanakan pada setiap kali musim perayaan untuk mengelakkan kesesakan di lorong ini.

Advertisement

Untuk musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa. Jika baki anda tidak cukup ketika di lebuh raya, jangan risau kerana PLUS telah menyenaraikan lokasi tambah nilai di lebuh raya PLUS.

Objektif utama PLUS menutup lorong tambah nilai semasa musim perayaan adalah untuk mengelakkan kesesakan di lorong tambah nilai dan memastikan perjalanan lebih lancar ketika melalui plaza tol keluar.

Rancang perjalanan anda dengan selamat dan pastikan baki anda mencukupi sehingga sampai ke destinasi. Selamat bercuti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...