Gara-gara mahu lari sekatan jalan, sebuah lori muatan berat cuba menyeberangi sebuah jambatan kecil yang menghubungkan Kampung Tanjung Jering dan Kampung Sentosa. Ekoran itu, jambatan itu runtuh teruk.
Susulan itu, rata-rata pengguna Facebook telah mempertikaikan tindakan pemandu lori yang mementingkan diri sendiri serta dalam masa yang sama, berasa senang hati kerana orang ramai tidak lagi boleh mengelak sekatan jalan raya selepas ini.
Bagaimanapun, ada juga yang berasa simpati terhadap penduduk kampung kerana mereka tidak lagi boleh menggunakan laluan harian yang menghubungkan Kampung Tanjung Jering dengan Kampung Sentosa.
Sejak bulan Mei, terdapat lebi 441 sekatan jalan raya di seluruh negara dan langkah itu bagi menyekat sebarang pergerakan yang tidak mendapat kebenaran merentas daerah atau negeri.