Pakaian sukan patuh syariah yang dikeluarkan isteri aktor Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menjadi bualan netizen di laman sosial Threads sejak semalam.
Baru-baru ini, Tya berkongsi video dirinya bermain sukan pickleball dengan menggayakan pakaian sukan keluarannya dan telah mencuri tumpuan ramai.
Pakaian tersebut telah mencetuskan pendapat berbeza dalam kalangan netizen di mana ada yang menyokong bisnes Tya namun sesetengah individu berpendapat pakaian terlalu longgar boleh mendatangkan bahaya ketika bersukan.
View this post on Instagram
Laman sosial Threads menjadi tempat ramai individu menulis komen mereka tentang pakaian sukan patuh syariah tersebut dan masing-masing mempunyai pendapat sendiri.
Sesetengah netizen mempersoal dan mengkritik pakaian tersebut kerana seperti terikut-ikut budaya Arab sehingga ke bab sukan perlu berpakaian sebegitu.
Kata mereka, pakaian sukan muslimah memang tidak boleh terlalu ketat namun ia juga tidak perlu terlalu baggy kerana tidak praktikal.
Meskipun begitu, sesetengah netizen pula menyebelahi Tya dan mengatakan pemakaian sukan seseorang tidak perlu dijadikan isu asalkan diri sendiri berasa selesa menggayakannya.
Kalau rasa tak sesuai dengan gaya atau keperluan you, tak perlu kecam. Abaikan je. Bermakna kamu bukan taget market dia dan tiada masalah sama sekali.
Dalam pada itu, tuan empunya badan juga telah bersuara dan membuat hantaran di Threads berhubung komen-komen diterimanya.
Kata isteri Shukri Yahaya itu, sebagai seorang Muslim tidak perlulah menutup aurat mengikut trend sebaliknya ikutlah apa yang disuruh Allah SWT.
Kalau pakaian yang menutup tubuh dianggap ‘berlebihan’, mungkin hati kita yang kekurangan hidayah.
View on Threads
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.