Abang Nara rasa hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya yang muda remaja memiliki smartphone. Kadang-kadang bila Abang Nara minum Coffee Bean dan perhatikan gelagat orang ramai, hampir kesemuanya sibuk membelek smartphone masing-masing. Ada yang muka serius, ada yang tersenyum dan ada yang muka tak ada perasaan.
Secara jujur Abang Nara pun kadang-kadang terjebak dalam aktiviti ini. Bukan apa, applikasi seperti Instagram, Twitter dan Facebook yang ada di dalam smartphone ini memang melekakan. Boleh tengok gambar orang lain, boleh baca luahan hati orang dan boleh tahu perkembangan terkini rakan-rakan kita. Lepas itu ada WhatsApp, LINE dan KakaoTalk yang memudahkan kita berborak dengan rakan-rakan. Sambil-sambil tue boleh gosip sikit tentang perkembangan dunia artis tempatan. Hehehe.
Namun kadang-kala Abang Nara terfikir jugak, adakah penggunaan applikasi di smartphone sekadar tahap ini sahaja? Tak ada ke applikasi yang dicipta oleh rakyat Malaysia untuk memudahkan seharian kita? Contohnya macam baru-baru ini Abang Nara nak “renew†passport. Sehari suntuk kena tunggu giliran walaupun dah datang awal pagi. Alangkah bagusnya kalau ada applikasi smartphone yang membolehkan kita “renew†passport secara online dan kita hanya pergi ambil sahaja di pejabat imigresen. Kan best tue?
Kemungkinan besar applikasi-applikasi yang bakal memudahkan urusan kita dengan pihak kerajaan akan tercipta 9 hari lagi. Terima kasih kepada DIGI sedang mengadakan pertandingan DIGI Challenge for Change menerusi laman web www.digicfc.my. Apa-apa sahaja idea yang bermain di minda anda boleh anda kongsikan di laman web ini. Mana tahu salah satu daripadanya akan menjadi kenyataan dan bakal digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia. Memang bangga tahap tertinggi kot nanti.
Ada 4 kategori yang diwujudkan untuk memudahkan lontaran idea daripada anda semua. Antaranya yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah kategori “Connected Citizensâ€. Kategori ini untuk idea-idea yang mendekatkan rakyat dan kerajaan, memudahkan urusan harian rakyat dengan agensi kerajaan dan apa-apa saja yang berkaitan. Itu yang timbul idea applikasi “renew passport†daripada otak genius Abang Nara tue. Hehehe.
Paling best bukan satu idea tapi 4 idea terbaik bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan 1 smartphone dengan plan daripada DIGI. Hanya perlu bagi idea sahaja. Sementara itu untuk 4 pembuat applikasi berdasarkan idea terbaik itu berpeluang memenangi wang tunai RM25,000 setiap seorang. Banyak kan hadiah Digi Challenge for Change nie? Cara nak menang pun senang sangat-sangat. Asalkan ada idea yang kreatif je dah cukup.
Tahun lepas, 2000 idea kreatif dan inovatif telah dilontarkan untuk Digi Challenge for Change ini. Tahun ini temanya ialah “Bringing Malaysians Together, One App At A Timeâ€. Banyak aktiviti menarik lain yang akan dilakukan seperti #IDEAJAM dan 36 jam “app hackathon†untuk para pembangun applikasi. Abang Nara yakin sangat-sangat Digi Challenge for Change ini akan dapat menghasilkan beberapa applikasi yang menarik untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Abang Nara dah hantar idea Abang Nara. Korang bila lagi? Layari www.digicfc.my sekarang juga untuk berkongsi idea-idea awesome anda.