Baru-baru ini, Malaysia Airlines (MAS) difahamkan kembali tersenarai dalam 50 syarikat penerbangan teratas di dunia dan ia dilaporkan oleh Brand Finance Airlines 50 2025.
Syarikat penerbangan paling berkembang pesat di dunia
Menurut Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail, syarikat MAS telah mencatat lonjakan nilai sebanyak 209 peratus dan menjadikan syarikat terbabit merupakan syarikat penerbangan yang berkembang paling pesat di seluruh dunia.
Dengan lonjakan nilai jenama sebanyak 209 peratus – bukti terhadap visi kami untuk meningkatkan janji kami kepada pelanggan.
Semalam, MAG memaklumkan bahawa pihak mereka telah mencatat pendapatan bersih selepas cukai sebanyak RM54 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan ia merupakan tiga tahun berturut-turut mencatat keputusan positif.
Akan melancarkan penerbangan terus ke Brisbane
Dalam pada itu, Izham berkata MAS akan melancarkan penerbangan secara terus ke Brisbane, Australia bermula 29 November dan itu merupakan sebahagian daripada strategi MAG untuk mengembangkan kehadirannya di pasaran Australia.
Untuk itu, kami akan melipatgandakan kapasiti dengan tiga penerbangan harian ke Sydney dan Melbourne. Pelanggan akan menikmati lebih banyak fleksibiliti dalam membuat tempahan, dengan penerbangan tiga kali sehari ke destinasi ini.