Lokasi Wajib Dikunjungi Untuk Anda Rasai Pengalaman K-wave Sendiri

Hiburan

Lokasi Wajib Dikunjungi Untuk Anda Rasai Pengalaman K-wave Sendiri

Gelombang Korea atau K-wave memang dah lama melanda seluruh dunia dan itu ialah salah satu sebab kenapa Korea menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk bercuti serta mengembara.

Bukan sahaja popular dengan muzik pop dan kumpulan idola yang cantik serta kacak, Korea juga sangat ideal dilawati oleh semua orang. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini.

Advertisement

Bermula dari fesyen terkini, makanan yang lazat, dunia kecantikan sehinggalah ke pemandangan indah dan budayanya tersendiri, Korea memang destinasi wajib dikunjungi oleh semua orang termasuk anda.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan beberapa lokasi yang perlu anda lawati untuk merasai pengalaman K-wave itu sendiri, bukan sahaja di Seoul tetapi juga di Busan dan Jeju.

Seoul

Lotte World Tower

1

Merupakan menara tertinggi di Korea Selatan, anda boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Seoul dari puncak menara ini. Ia bukan satu menara biasa seperti yang anda bayangkan, bangunan setinggi 555 meter ini merangkumi pusat membeli belah, ruangan pejabat, hotel 5 bintang dan juga officetel iaitu apartment studio yang didiami oleh mereka yang bekerja di bangunan itu.

Hongdae Street

2

Jalan yang dipenuhi kedai-kedai kecil berhampiran Universiti Hongik merupakan kawasan membeli belah popular di Seoul. Bukan sahaja popular dengan barangan yang murah serta fesyen terkini street wear, di sini juga popular dengan kafe-kafe yang comel, galeri seni dan seni-seni jalanan yang menghiasi sepanjang Hongdae Street ini.

Setiap hujung minggu, anda boleh cuci mata melihat hasil kerja tangan dan produk warga tempatan yang akan di jual di Hongdae Flea Market dibuka pada jam 2 petang hingga 6 petang setiap Sabtu dan Ahad. Pastikan ini lokasi wajib singgah jika anda datang ke Seoul.

Menjelajah ke kafe-kafe menarik

3

Setelah penat berjalan dan membeli belah, anda wajib melakukan satu lagi aktiviti menarik di Bandar Seoul ini iaitu café hopping. Terdapat banyak kafe-kafe yang mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan sangat cantik. Memang sangat Instagrammable. Bukan itu sahaja, seni kulinari yang unik juga menjadi tarikan setiap kafe di bandar ini.

Busan

Pasar Gukje

4

Mula dibina semasa Perang Korea pada tahun 1950, lokasi ini dijadikan sebagai ruang untuk para pelarian bertukar-tukar barangan. Pasar Gukje kini menjadi pasar tradisional terbesar di Busan dan juga salah satu tempat pelancongan yang paling banyak dikunjungi.

Terdapat Restaurant Street yang menawarkan makanan Korea yang lazat seperti kimbap (beras putih kukus yang dibalut dengan rumpai kering), dan pelbagai hidangan mi yang sangat lazat. Bukan sahaja banyak pilihan tetapi harganya juga berpatutan.

Bosu-dong Book Alley

5

Lorong kecil yang dipenuhi dengan deretan kedai buku ini pasti akan menggembirakan para pencinta buku. Kebanyakan buku semestinya dalam bahasa Korea, tetapi anda masih boleh hayati keunikan susun atur kedai-kedai buku di sana yang old skool dan sangat nostalgik. Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan buku-buku bahasa Inggeris yang menarik.

168 Stairs

6

Satu lagi lokasi yang unik dan menarik ialah 168 Stairs yang terletak di Busan. Bersesuaian dengan namanya, ia mempunyai 168 anak tangga dan dikatakan setinggi bangunan 6 tingkat. Tapi anda tak perlu risau, jika terasa terlalu tinggi untuk menaiki setiap anak tangga itu untuk sampai ke puncak, ada kemudahan monorail mini tetapi maksimum kapasiti hanya 8 orang untuk sekali perjalanan.

Jeju

Play K-Pop

7

Ingin rasai pengalaman seharian bersama idola k-pop kegemaran anda? Inilah tempat yang anda wajib kunjungi. Muzium digital berteknologi tinggi, bakal mempersembahkan anda dengan konsert hologram idola k-pop yang digilai ramai dengan pengalaman dan rasa seperti menonton konsert live sebenar. Selain itu, ada juga video animasi 3D dan banyak lagi pameran interaktif yang pasti akan membuat anda teruja!

Galeri seni yang menarik

8

Untuk para pencinta seni, sebenarnya banyak galeri seni yang boleh and kunjungi di Jeju ini. Bermula dari seni tradisional sehingga ke seni konteporari, anda pasti terpesona dengan hasil seni yang dihidangkan disemua galeri-galeri di Pulau indah ini. Antara lokasi yang anda boleh kunjungi ialah, Jeju Museum of Contemporary, Jeju Museum of Art dan Jeju Sclpture Park.

Jeju Folk Village

9

Kembali ke zaman dahulu sekitar tahun 1890 dan rasai bagaimana kehidupan rakyat Korea ketika masa itu di jeju Folk Village. Perkampungan yang dibina di tanah sebesar 40 ekar mengandungi perkampungan yang dibina semula mengikut reka bentuk bangunan-bangunan zaman dahulu. Para pengunjung boleh mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbook dan mengambil bahagian dalam pelbagai bengkel yang dianjurkan di sana seperti persembahan kebudayaan. Berkunjung ke sini pasti satu pengalaman yang tak akan dilupakan.

Untitled Café, Jeju – kafe milik G-Dragon

10

Kalau anda ke Jeju, jangan lupa singgah sebentar ke Untitled Café. Kafe ini sebenarnya milik kumpulan G-Dragon, dan kami pasti ramai pembaca setia Beautifulnara adalah peminat fanatik diaorang ni. Suasanaya yang memang cool dan unik pasti menjadikan Untitled Café ni port Instagrammers dari seluruh dunia.

Kini anda boleh rasai sendiri K-wave kerana AirAsia X menawarkan penerbangan ke tiga destinasi popular di Korea iaitu Seoul, Busan dan Jeju. Tambahan pula Air Asia X menawarkan penerbangan terus ke Seoul sebanyak 18 kali seminggu, 6 kali ke Busan, dan 4 kali ke Pulau Jeju.

Perjalanan ke Korea dengan AirAsia X akan menjadi sangat menakjubkan kerana mereka merupakan pemenang bagi anugerah Katil Rata Premium yang pasti menjanjikan keselesaan sepanjang perjalanan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hiburan di dalam pesawat sambil dihidangkan dengan makanan yang lazat dengan membuat tempahan awal di laman web AirAsia terlebih dahulu.

Yang lagi menarik, terdapat kemudahan Premium Red Lounge di KLIA 2 bagi penumpang yang book Katil Rata Premium dan Premium Flex.

Air Asia X juga menawarkan tambang serendah RM399 untuk ahli BIG dan kalau anda inginkan tempat duduk yang lebih selesa, anda hanya perlu membayar RM999 untuk Katil Rata (Flatbed). Tapi kena cepat sikit, anda kena tempah sebelum 25 November 2018! 

Jangan buang masa lagi, tempah penerbangan ke Korea sekarang di www.airasia.com dan rasai sendiri pengalam K-Wave yang cukup menakjubkan.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...