Lokasi Tak Bergerak, Aplikasi 360 Bantu Rakan Jejak Kemalangan Bas UPSI – “Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”

Kehidupan

Lokasi Tak Bergerak, Aplikasi 360 Bantu Rakan Jejak Kemalangan Bas UPSI – “Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”

Sejak beberapa hari ini, banyak berita mengenai nahas bas melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikongsikan dan meruntun hati ramai pihak. 

Aplikasi 360 bantu jejak kawan kemalangan bas UPSI

Terbaru, tular satu hantaran di platform media sosial yang dikongsikan oleh seorang pelajar mengenai detik-detik cemas apabila mereka menerima mesej secara serentak daripada aplikasi 360 yang digunakan di kalangan rakan sebagai langkah keselamatan.

Advertisement

mangsa terselamat nahas UPSI

Kata pelajar terbabit, dia serta tujuh orang rakannya yang lain menggunakan aplikasi terbabit atas tujuan berkongsi lokasi masing-masing dan tujuan keselamatan sekiranya berlaku apa-apa.

Salah seorang rakannya yang bernama Dina, merupakan salah seorang mangsa yang menaiki bas UPSI tersebut.

‘Mesej tak balas, call tak angkat..’

Kitorang berlapan ada 360 each other, risau kalau apa-apa jadi. Tiba-tiba semalam pukul 12.44, kitorang serentak dapat notifikasi pelik dari 360. Dia tak balas mesej, ingatkan dia tidur dalam bas. Tapi lepas pukul 1 lebih, tengok lokasi dia tak bergerak langsung.

Aplikasi 360 bantu jejak rakan bas UPSI

Tambahan lagi, mereka menjadi lebih cemas apabila panggilan telefon turut tidak dijawab dan beberapa ketika kemudian, berita mengenai sebuah bas yang membawa pelajar UPSI kemalangan.

Namun, rasa risau mereka reda apabila mengetahui Dina berada dalam keadaan selamat biarpun keadaan bas yang dinaiki hancur sangat teruk.

Jalan gerik jeli gelap gelita
16 hours ago

“Dah Pasang Lampu Tinggi..” - Gelap Gelita & Jalan Tak Rata, Pemandu Lori Kongsi Keadaan Jalan Gerik-Jeli Waktu Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...