Lokasi Strategik & Mudah Akses. Uptown Square Di Bandar Rimbayu ‘Syurga’ Buat Peniaga

Branded

Lokasi Strategik & Mudah Akses. Uptown Square Di Bandar Rimbayu ‘Syurga’ Buat Peniaga

Memilih lokasi untuk membuka atau mengembangkan perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana banyak aspek yang perlu dipertimbangkan seperti kesesuaian lokasi dengan ‘target market’ dan mempunyai jaringan akses.

Bagi yang sedang mencari kawasan terbaik, kami cadangkan anda untuk menjadikan Uptown Square yang terletak di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning sebagai pilihan. Antara projek yang sedang berkembang pesat di kawasan tu seperti Starling, Robin, dan Uptown @ Rimbayu. Nak tau apa kelebihan membuka perniagaan di kawasan ni? Check it out.

Kawasan tumpuan di Hab Perniagaan Rimbayu

Rimbayu Uptown Square

Uptown Square dijangka bakal menjadi salah satu kawasan perniagaan tumpuan kerana merupakan sebahagian daripada Hab Perniagaan Rimbayu dengan nilai pasaran (GDV)  bernilai RM308 juta. Wow!

Untuk pengetahuan, terdapat 119 unit keseluruhan yang ditawarkan dengan saiz diantara 3,300 hingga 7,539 kaki persegi. 

Anda boleh pilih untuk pelan unit dua atau tiga tingkat mengikut saiz perniagaan. Reka bentuk komersial terutama unit dengan beranda, menawarkan kawasan yang lebih luas untuk persediaan perniagaan yang sempurna.

Mudah diakses & terancang

Paling menarik, walaupun Uptown Square ini berdekatan dengan kawasan perumahan yang sedang dibangunkan, pembangunan kawasan ini mengambil kira kesenangan untuk peniaga dan bakal pelanggan. 

Terdapat banyak pintu untuk ke tempat Uptown Square dengan 5 pintu masuk dan pintu keluar yang sangat mudah diakses.

Selalunya kawasan hab perniagaan ni susah nak dapat parking kan? Dengan pembangunan terancang, Uptown Square mempunyai tempat letak kereta dengan susun atur praktikal dan mampu menempatkan lebih ramai pengguna.

Uptown Square bakal hub perniagaan tumpuan 

Bukan itu saja, dalam tempoh masa 5 tahun Uptown Square di Hab Perniagaan Rimbayu berpotensi menjadi pusat komersial dan gaya hidup. 

Dianggarkan 100,000 penduduk dijangka bakal mendiami kawasan ini dan mewujudkan komuniti dengan gaya hidup sibuk di Bandar Rimbayu. Ini menjadikan Uptown Square tapak yang sempurna untuk pelaburan pada tahun mendatang, mengikut peningkatan populasi penduduk.

Anda sebagai pemilik perniagaan juga, boleh menarik nafas lega kerana pelaburan yang dilakukan bakal memberikan pulangan tinggi pada masa hadapan.

Bandar Rimbayu buka skop perniagaan lebih luas

Rimbayu Uptown

Sebagai sebuah township yang sedang berkembang, Bandar Rimbayu mempunyai nilai sekitar RM11 bilion.

Kawasan seluas 1879 ekar ni berkembang secara berperingkat dan menjadi sebuah perbandaran canggih yang menjadi lokasi yang sangat diidamkan untuk didiami di barat daya Lembah Klang. 

Dibangunkan IJM Land bermula 2013, Bandar Rimbayu kini telah berubah menjadi sebuah perbandaran yang matang, energetik dan komprehensif yang menggalakkan pertumbuhan komersial dalam pelbagai komponen.

Township Bandar Rimbayu, impian pengguna dengan gaya hidup komersial 

Kalau anda nak tau, township di Bandar Rimbayu ni terletak dekat je dengan pusat komersial dan kawasan kediaman di Shah Alam dan Kota Kemuning. 

Township ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk gaya hidup termasuk Starbucks pandu lalu, Mcdonalds dan Kenny Rogers. Nak beli barang keperluan harian pula, anda boleh ke Jaya Grocer, Mr DIY dan Harvey Norman yang terletak di Quayside Mall.

Bukan itu saja, township Bandar Rimbayu juga berjaya menarik penduduk berdekatan kerana lokasinya yang strategik dengan mempunyai akses kepada empat pintu masuk dan keluar utama, termasuk Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap pada 2024.

Cipta perniagaan impian di Uptown Square @ Bandar Rimbayu

Perniagaan di Uptown Square

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk membina perniagaan impian dengan prospek jangka panjang di Uptown Square @ Bandar Rimbayu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Uptown Square di Bandar Rimbayu, layari https://rimbayu.ijmland.com/uptown-square/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...