Lokasi Serangan Hendap Kumpulan Militan ‘Abu Sayyaf’ Terhadap PDRM Kini Dimusnahkan

Trending

Lokasi Serangan Hendap Kumpulan Militan ‘Abu Sayyaf’ Terhadap PDRM Kini Dimusnahkan

Terkini, enam rumah di kawasan hutan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap kumpulan militan Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.

Memetik laporan Berita Harian, Operasi khas pemusnahan membabitkan 60 anggota dan pegawai itu dijalankan PDRM dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kira-kira jam 10 pagi.

Advertisement

Tindakan merobohkan dan membakar rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan, didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata keputusan merobohkan penempatan kumpulan pengganas berkenaan dibuat dalam mesyuarat membabitkan semua agensi ini, semalam.

“Tindakan merobohkan sebelum membakar rumah yang dijadikan sarang pengganas ini adalah usaha menghapuskan kehadiran mereka di daerah ini”

Abu sayyaf

Yusoff Zaki berkata, tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort tidak akan terhenti di sini dan gerakan mengesan saki baki ahli kumpulan berkenaan masih diteruskan.

“Semua anggota dan pegawai sudah dikerah untuk memasuki kawasan setinggan lain bagi memastikan tiada lagi kehadiran kumpulan pengganas di daerah ini”

Sementara itu, Yusoff Zaki menafikan beberapa kenyataan yang tular di media sosial kononnya daerah Beaufort tidak selamat berikutan insiden minggu lalu.

Katanya, sebagai ketua polis daerah, beliau memberi jaminan keadaan di daerah ini selamat dan aktiviti hariannya beroperasi seperti biasa.

“Khabar angin berkenaan tidak boleh dipercayai malah keadaan aktiviti di daerah ini berjalan seperti biasa”

“Tiada isu keselamatan di daerah Beaufort. Pihak berkuasa juga sentiasa bersiap sedia sepanjang masa bagi memastikan keadaan selamat”

Bagaimanapun, katanya masyarakat diminta supaya tampil menyalurkan sebarang maklumat sekiranya berlaku sebarang pergerakan luar biasa untuk tindakan awal.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...