Lokasi Hospital Tidak Diketahui, Netizen Mula Ragu Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

Hiburan

Lokasi Hospital Tidak Diketahui, Netizen Mula Ragu Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

Anak sulung kepada pelakon Norish Karman, yang dikenali sebagai Manda, dilaporkan masih gagal dihubungi meskipun pelbagai usaha telah dilakukan termasuk melalui panggilan telefon, WhatsApp serta mesej di Instagram miliknya dan juga akaun ibunya.

Cubaan pihak media untuk menghubungi nombor telefon Norish yang sebelum ini turut digunakan Manda berjaya disambungkan, namun panggilan tersebut hanya dijawab tanpa sebarang respons suara.

Advertisement

Dalam masa sama, timbul keraguan dalam kalangan netizen apabila individu yang mendakwa dirinya sebagai Manda menggunakan akaun Instagram dan Threads Norish untuk berkongsi keadaan pelakon itu yang dikatakan sedang kritikal.

NORISH KARMANSumber : Harian Metro  

Situasi menjadi semakin mencurigakan apabila individu berkenaan turut membuka akaun di platform GoGetFunding bagi mengumpul dana bantuan kewangan, namun gagal memberikan maklumat jelas termasuk lokasi hospital ketika ditanya orang ramai.

Selain itu, gaya penulisan dalam hantaran GoGetFunding juga menimbulkan tanda tanya apabila dilihat tidak tersusun dan menyerupai ayat yang sering dikaitkan dengan penipuan dalam talian.

Norish Karman

Harian Metro turut cuba mendapatkan maklum balas daripada Manda melalui akaun Instagram peribadinya, namun tidak menerima sebarang jawapan. Komen netizen yang meminta penjelasan lanjut pada hantaran terakhirnya juga dilihat tidak dibalas.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan turut dilakukan dengan menghubungi seorang lagi anak Norish, Haqiem Aoki. Namun, tinjauan di akaun Instagramnya mendapati dia kini berada di Beijing, China.

Sementara itu, di platform GoGetFunding, terdapat individu yang bersimpati mula menyalurkan sumbangan dan setakat tengah hari tadi, jumlah kutipan dilaporkan melebihi RM900.

norish karman

Terdahulu, satu hantaran pilu dimuat naik menerusi akaun media sosial Norish yang mendakwa pelakon itu berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

betty banafe
2026-04-10 10:00:05

Didakwa Dera Dan Mengabaikan Anak-Anak, Betty Banafe Terkilan Sikap Bekas Suami - "8 Tahun Saya Hadap Benda Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...