Pantai adalah lokasi tumpuan untuk berkelah atau beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di pantai termasuklah bermandi manda, meluncur, mengambil gambar dan berjemur.
Namun, samaada anda sedar atau tidak. Ada beberapa pantai di dunia ini sangat berbahaya untuk dikunjungi kerana berisiko tinggi membawa maut.
1. Chowpatty Beach, Mumbai
Pantai Chowpatty berbahaya kepada pengunjung kerana akibat pencemaran. Dikatakan antara pantai yang paling tercemar di dunia. Kawasan sekitar dicemari dengan teruk, termasuklah pasir-pasir yang penuh dengan serpihan kapal rosak, dan airnya penuh dengan sampah sarap yang dibuang dari bandar Mumbai.
2. Gansbaai, South Africa
Pantai Gansbaai ini mempunyai jumlah jerung putih yang banyak hingga ia digelar “Great White Shark Capital of the World”, Haiwan ini sering berlegar-legar di kawasan pantai dan hanya menunggu masa.
Menurut sumber, sebanyak 60,000 ekor anjing laut yang tinggal di selat kecil di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock telah menarik perhatian jerung-jerung ini.
Walaupun berbahaya, pengunjung masih boleh melihat haiwan ini dari jarak dekat dengan berada di dalam sangkar dan dimasukkan ke dalam air.
3. Pantai Hanakapiai, Hawaii
Pantai Hanakapiai hanya boleh diakses melalui denai Kalalau, antara pantai yang berbahaya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan berenang disebabkan oleh arus “rip” yang sangat deras serta ombak kuat yang sangat terkenal yang mampu menghanyutkan pengungjung.
Apabila seseorang dibawa oleh arus, daratan paling dekat berjarak 9 kilometer dan akan menyebabkan mereka lemas. Menurut sumber, seramai 83 nyawa telah terkorban di pantai ini.
4. Pantai-pantai di Northern Territory, Australia
Pantai-pantai di Northern Territory, Australia merupakan salah satu kawasan pantai paling berbahaya di Australia dan di dunia. Terdapat habitat obor-obor paling berbisa di dunia iaitu Box Jellyfish hingga mampu membesar sehingga 28 sentimeter lebar dengan panjang 6 kaki dan mempunyai 60 sesungut. Lebih berbahaya, obor-obor ini adalah lutsinar ketika di dalam air.
Apabila mangsa disengat oleh obor-obor ini, mangsa akan mengalami serangan jantung dek sengatan yang sangat kuat dan berbisa. Apabila sesungut obor-obor ini dicabut selepas menyengat mangsa, ia menyebabkan lebih banyak bisa akan dikeluarkan mengakibatkan mangsa mati dalam masa 5 minit. Sebanyak 70 kes kematian dilaporkan sejak tahun 1883.
5. Pantai Kilauea, Hawaii
Pantai yang kelihatan sangat cantik dan unik dengan pasir yang berwarna hitam. Namun sangat berbahaya. Pantai Kilauea terletak di sebelah Gunung Kilauea, antara gunung berapi paling aktif di dunia.
Gunung ini meletus secara berterusan sejak tahun 1983 mengeluarkan lava yang sangat panas ke pantai. Disebabkan lokasi ini, suhu air pantai ini mencapai 43 darjah celcius.
Sumber : Weather