Lokasi Bahtera Nabi Nuh Yang Dipercayai Terkubur Di Sebuah Gunung Di Turki

Trending

Lokasi Bahtera Nabi Nuh Yang Dipercayai Terkubur Di Sebuah Gunung Di Turki

Bagi kita umat Islam, cerita mengenai Nabi Nuh A.S dah bahteranya sudah tidak asing lagi kerana ianya ada diceritakan di dalam kitab Taurat, Injil, dan Al-Quran.

Advertisement

Namun terdapat sesetengah pihak yang menganggap cerita mengenai bahtera yang dapat memuatkan banyak binatang ini adalah satu benda yang mengarut kerana manusia zaman dahulu tidak ada teknologi dan kemampuan yang cukup untuk membina kapal yang begitu besar.

Namun tidak bagi seorang saintis dari Geoscience Research Institute, Profesor Raul Esperante. Dia menyatakan bahawa cerita itu berkemungkinan benar dan berhasrat untuk melawat Gunung Ararat, Turki dimana dipercayai lokasi terakhir bahtera itu terkandas.

Dia juga menyatakan bahawa tujuannya untuk melawat lokasi tersebut adalah untuk mengumpul bukti-bukti kukuh mengenai malapetaka yang berlaku seperti diceritakan di dalam kitab.

Dia juga meminta dana tambahan bagi membantu kajiannya untuk membuktikan kepada ramai bahawa apa yang diceritakan di dalam kitab Bible adalah benar dan menunjukkan “kebodohan” ramai kerana tidak percaya akan kisah lampau tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...