Logo Didakwa Mirip Kalimah Allah, Nike Diminta Tarik Balik Penjualan Air Max 270

Trending

Logo Didakwa Mirip Kalimah Allah, Nike Diminta Tarik Balik Penjualan Air Max 270

Pihak Nike sedang dihimpit kontroversi panas dan menimbulkan kemarahan orang Islam atas dakwaan rekaan kasut model Air Max 270 telah menghina agama.

Advertisement

Logo di bahagian bawah ataupun tapak kasut ini didakwa menyerupai kalimah Allah dalam tulisan bahasa Arab. Malah, satu petisyen juga sudah dilancarkan oleh Saiqa Noreen yang mendesak Nike menarik balik pengeluaran serta penjualan Air Max 270 di pasaran.  Setakat ini lebih 7,500 ribu orang sudah menandatangani petisyen tersebut.


Untuk pengetahuan anda, Nike pernah terlibat dalam kontroversi yang sama berkenaan isu kalimah Allah ini pada tahun 1997. Pihak mereka terpaksa menarik semula kasut model Air Melt, Air Grill,Air B-Que dan Air Bakin selepas menerima bantahan daripada pengguna Muslim.

Mahu sokong saudara Muslim yang lain untuk menarik balik pengeluaran Air Maz 270? Anda boleh layari laman web change.org

Sumber Berita : Daily Mail UK 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...