Logo Baru Pelancongan Netizen Dakwa Guna Template, Rekaan Ini Bernilai RM15,000?

Trending

Logo Baru Pelancongan Netizen Dakwa Guna Template, Rekaan Ini Bernilai RM15,000?

20160429_Mhd_Amin_Nordin_Abd_Aziz_Kuala_Lumpur_Mayor_620_413_100
Viral di laman sosial bermula semalam apabila rekaan logo pelancongan yang dibuat oleh DBKL mendapat kritikan orang ramai berikutan “design” yang terlampau mudah dan dikatakan menelan belanja sebanyak RM15,000.
Susulan itu, Datuk Bandar KL, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kos RM15,000 yang dinyatakan bukanlah untuk rekaan logo itu semata-mata tapi kos tersebut termasuk kos pelancaran dan promosi.

Advertisement

Malah, beliau juga berkata logo tersebut ditaja oleh syarikat persendirian.

Ia untuk banyak benda. Untuk pelancaranlah dan semuanya,” kata Mhd Amin kepada media selepas pertemuan dengan wakil rakyat ibu negara di sini.

“Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama.”

KL

Logo tersebut sebelum ini dikecam oleh orang ramai yang menyifatkan ianya terlalu mudah dan ada yang menyifatkan logo itu hanya memerlukan masa 5 minit untuk disiapkan dan ada juga yang mendakwa logo terbabit hanya menggunakan template.

13101181_1743130802639038_544823908_n

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...