Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Logik Atau Tidak David Teo Dan Ahmad Idham Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS?

david teo

Buat anda yang tak tahu, David Teo dan Ahmad Idham adalah ahli lembaga pengarah FINAS. FINAS nie macam satu syarikat besar untuk filem-filem tempatan Malaysia. FINASlah yang buat tapisan filem, tentukan tarikh sesebuah wayang keluar filem dan macam-macam lagilah. Kiranya apa-apa yang berkaitan dengan filem tempatan, FINAS lah yang buat keputusan untuk lepaskan diorang untuk tayangan atau tak.

Advertisement

Secara logiknya, bagi kami tak wajar lah David Teo dan Ahmad Idham ada kat dalam FINAS. Malah kami dengar ura-ura yang Ahmad Idham dilantik jadi Pengarah FINAS. Sebab apa kami kata tak logik, sebab kedua-dua orang nie pun sibuk buat filem jugak. Jadi kalau diorang dalam FINAS, confirm akan ada orang cakap diorang nie mengamalkan double standard untuk filem dia dan filem orang lain.

Contohnya mungkin filem buatan diorang berdua akan lepas tapisan dengan mudah. Mungkin akan dapat waktu tayangan yang terbaik. Tapi kalau filem orang lain mungkin kena potong sana, kena potong sini. Time tayangan pun time tak best. Dan macam-macam lagilah.

Sebab itulah kami rasa sangat wajar Persatuan Penerbit Filem Malaysia bantah kewujudan David Teo dan Ahmad Idham kat dalam FINAS nie. Kami rasa diorang bukannya dengki. Cuma mahukan keadilan dari segala segi. Kalau kami jadi David Teo dan Ahmad Idham, confirm kami dengan rela hati akan letak jawatan.

Apa pendapat korang?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top