Netizen yang menonton program “Raya Sakan Mak Cun” pada 24 Jun lalu rata-rata telah melahirkan rasa kurang puas hati, mengkritik dan mempersoalkan penggunaan loghat utara oleh mereka yang terlibat di dalam rancangan tersebut. Para netizen kecewa apabila loghat utara yang digunakan adalah “over” dan menuduh ia dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mempermainkan loghat tersebut.
Ini antara beberapa lagi kritikan-kritikan yang diterima ketika program “Raya Sakan Mak Cun” di ke udara:-
Susulan kontroversi dan kritikan ini, Erma Fatima telah tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati. Menurut Erma, semua pelakon yang terbabit bukanlah berasal dari utara tanah air. Kata Erma Fatima:-
Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu. Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa yang sangat lama. Janganlah dibandingkan saya dengan Farid kerana dia memang berasal dari Kedah
Namun begitu, Erma Fatima melahirkan rasa kecewanya dengan penggunaan kata kasar “menampar” yang digunakan oleh seorang pengkritik. Kata Erma:-
Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukanlah dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster. Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul. Inilah yang membuatkan ramai generasi baru kita membesar menjadi pembuli.
Walaupun mengecam program itu, tetapi mereka tetap menontonnya dan itu lebih penting. Bukan senang nak buat orang menonton sesuatu program dari awal hingga akhir, tidak kiralah dalam keadaan benci atau suka
Biasalah bila buat program berdasarkan negeri ini, memang akan ada banyak kritikan dan cabaran. Ambil semua ini sebagai pengajaran. Boleh diperbaiki lagi untuk program tahun-tahun akan datang. Sumber Harian Metro dan Mstar.