Lofa Brand Perkenalkan Koleksi Pakaian Kasual Sweatshirt Dan Hoodie Dibuat Di UK

Fesyen

Lofa Brand Perkenalkan Koleksi Pakaian Kasual Sweatshirt Dan Hoodie Dibuat Di UK

Lofa Brand adalah jenama terbaru yang dihasilkan oleh selebriti terkenal, Neelofa. Koleksi pakaian sweatshirt, hoodie dan wangian ini mengetengahkan rekaan yang memberikan keselesaan dalam masa yang sama tetap bergaya.

Material sweatshirt dan hoodie ini diperbuat daripada 80% Ringspun Cotton dan 20% Polyester. Buat masa ini Lofa Brand masih tidak mempunyai sebarang outlet store dan hanya boleh didapatkan secara online.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOFA BRAND (@lofabrand) on

Untuk pengetahuan anda, produk Lofa Brand dihasilkan di United Kingdom dan sebarang pembelian akan dihantarkan dari sana dan akan mengambil masa tujuh hari untuk tiba.

Bukan saja sweatshirt dan hoodie tapi Lofa Brand juga memperkenalkan wangian pertama mereka yang diberi nama Miss Lofa berharga RM 462.27.

Advertisement

Lofa Sweatshirt berharga RM 231.13 dan untuk Lofa Hoodie RM 282.50. Ada dua design yang anda boleh dapatkan sama ada yang bercorak tandatangan Neelofa atau yang biasa.

Untuk sebarang pembelian anda boleh layari laman rasmi Lofa Brand dan ikuti laman Instagram.

Sumber: Lofa Brand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...