Liza Hanim Akui Kemenangan Jaclyn Victor, Puas Hati Dengan Keputusan – “Jangan Sesekali Sangkal Kemenangan Dia..”

Hiburan

Liza Hanim Akui Kemenangan Jaclyn Victor, Puas Hati Dengan Keputusan – “Jangan Sesekali Sangkal Kemenangan Dia..”

Susulan kemenangan penyanyi Jaclyn Victor di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), masih ramai warganet yang mempersoal kemenangan penyanyi terkemuka itu. Ramai juga peminat yang tidak berpuas hati artis yang mereka sokong tidak berjaya dinobatkan sebagai pemenang.

Namun begitu, berdasarkan salah seorang finalis ASGV, Liza Hanim ini mengakui bahawa rakannya itu sememangnya terbukti berbakat dan hebat. Katanya, orang ramai tidak sepatutnya memprotes kemenangan Jaclyn.

Advertisement

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya, tetapi jangan sesekali sangkal kemenangan Jaclyn.

Saya seronok dan puas hati, sebab dah habis tanggungjawab saya untuk pertandingan dan percaya saya dah buat yang terbaik, tak kisah apa pun keputusannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok, penyanyi ini menganggap selain dari bakat, kemenangan sahabatnya itu juga dikeranakan rezekinya. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada para peminat yang tak henti mengucapkan tahniah kepadanya sekaligus bangga dengan dirinya sepanjang pertandingan.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu popular Gelisah Mimpi ini juga tidak mempunyai sebarang rasa menyesal sepanjang dirinya bertanding dalam program tersebut. Menurutnya, dia yakin dirinya telah berusaha sehabis baik dan hanya menyerahkan keputusan kepada para juri.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ramai netizen yang menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kejohanan Jaclyn di ASGV pada malam Ahad.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

liza
5 months ago

"Semasa ASGV, Perasaan Itu Datang Semula.." - Liza Hanim Terdetik Ingin Berhenti Menyanyi, 'Struggle' Semasa Bertanding

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...