Media hiburan negara semalam digemparkan dengan pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura.
Berita itu ternyata telah mengundang rasa sedih peminat serta pengikut pensohor media sosial itu kerana Akiko sememangnya dikenali dengan kandungan-kandungan di TikToknya.
Seorang individu tampil berkongsi sesi ‘live’ terakhir Akiko bersama suaminya, Ridzuan pada malam Khamis yang lalu iaitu sehari sebelum ibu kepada seorang anak itu dilaporkan meninggal dunia.
Dalam siaran langsung itu, Akiko sempat menyatakan kekagumannya terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Dia juga berkongsi impiannya untuk bertemu dengan pasangan tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Walaupun pada ketika itu ia sekadar satu luahan, ramai yang tidak menyangka kata-kata Akiko seolah-olah menjadi petanda sebelum pemergiannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati selain mendoakan agar roh Allahyarham Akiko ditempatkan bersama orang beriman.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa perwatakan Akiko pada malam itu kelihatan berbeza daripada kebiasaannya. Dia dikatakan seolah-olah berada dalam ‘dunianya sendiri’, selain wajahnya yang tampak lemah dan keletihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.