Konflik antara Rusia dan Ukraine telah menjadi perhatian seluruh warga dunia. Malah, baru-baru ini media turut berkongsi sebuah berita gembira daripada Ukraine.
Seorang wanita muda selamat melahirkan bayi perempuannya ketika sedang berlindung daripada serangan Rusia di stesen metro bawah tanah.
Menurut laporan Daily Star, ibu berusia 23 tahun itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Mia pada Jumaat malam. Ketika itu, tentera Rusia masih lagi menyerang Ukraine dan menghampiri ibu kota.
Difahamkan, ibu yang berlindung di stesen metro bawah tanah terbabit menjerit meminta tolong ketika mahu melahirkan dan didengari oleh beberapa anggota polis yang berkawal di situ sebelum mereka menawarkan bantuan.
Gambar bayi yang diambil sejurus dia dilahirkan telah viral setelah dikongsikan oleh seorang ahli politik Ukraine, Hannah Hopko. Kelahiran bayi tersebut disifatkan sebagai petanda harapan meskipun negara mereka kini sedang bergolak.
A baby was born in Kyiv subway, now being used as a bomb shelter, overnight on Feb. 25.
Amid ongoing air raids as part of Russia’s war against Ukraine, people all across the country have been taking shelter underground and in subway stations. pic.twitter.com/G0RalS98EL
— The Kyiv Independent (@KyivIndependent) February 26, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen gembira dengan kelahiran bayi Mia. Malah, ada juga yang menyifatkan Mia sebagai malaikat kecil yang akan memberikan harapan pada seluruh warga Ukraine.
“A little joy amongst the darkness,” tulis seorang pengguna Twitter.
“God bless you little angel, stay strong. Praying for all of you,” tulis seorang lagi warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.