March 23rd, 2016

Sejak muncul dalam Mentor Milenia, Fareez Hazwan anak kepada aktor Fauzi Nawawi mendapat perhatian ramai.

Ada juga yang bertanya, adakah juara Mentor Milenia itu tidak mahu berlakon seperti ayahnya? Iyalah, katakan kalau Fareez dan Fauzi bergandingan bersama, mungkin sesebuah drama itu dapat menarik minat penonton, lebih-lebih lagi Fareez cukup seiras dengan Fauzi.

Walaubagaimanapun, menurut ibu tirinya Lisdawati, Fareez sememangnya mempunyai bakat dalam lakonan tetapi buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk berlakon dan mahu fokus kepada bidang nyanyian.

Memang ada tawaran daripada pihak luar. Kami ada tanya dia tapi nampaknya dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.

Buat Lisdawati beliau menyokong sahaja apa yang Fareez ingin lakukan tetapi beliau juga berharap agar anak tirinya itu tidak mudah lupa diri jika sudah popular nanti.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...