Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lisa Surihani Nafi Berita Mengatakan Beliau Sudah Bersalin

Mengetahui ramai peminat yang menanti detik untuk Lisa Surihani bersalin dan melihat wajah bayi bersama suami tercinta, Yusry KRU ada pihak yang telah memanfaatkan situasi tersebut apabila menyebarkan berita kononya Lisa sudah melahirkan anak sulungnya hari ini.

Namun, menerusi akaun Instagram Lisa menafikan  berita tersebut yang bukan sahaja menyerbarkan berita selebriti itu sudah bersalin malah lengkap dengan foto bayi pasangan tersebut.

Advertisement

Salam semua. Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar. Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini.

Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar. Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? Terima Kasih. :) Salam Ikhlas, Lisa Surihani dan Yusry.

lisaKami juga seorang blogger tetapi rasanya tidak elok untuk sebarkan berita palsu sedangkan ramai peminat termasuk ahli keluarga yang menanti berita gembira daripada Lisa Surihani dan Yusry. Harapnya, tiada lagi orang yang percaya dengan khabar tersebut.

Sumber Berita: Instagram Lisa Surihani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama