Lisa Surihani Mohon Maaf

Lisa Surihani Mohon Maaf

Lisa Surihani membuat permohonan maaf? Untuk apa pula perlu memohon maaf?

Melalui mStar Online, Lisa menyatakan permohonan maaf tersebut kerana muncul laporan yang menyatakan Lisa enggan bergambar dengan peminat semasa menjalani penggambaran di sebuah balai.

Khabarnya peminat-peminat Lisa terkilan dengan kejadian tersebut, bagaimanapun Lisa tidak menyalahkan peminat-peminat itu, sebaliknya berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Advertisement

Secara jujurnya saya tidak berniat ]untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.

Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.

Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya

Lisa, yang mempunyai 2.1 juta peminat di Facebook,  menambah pada masa itu dia serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi. Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.

Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.

Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan mengganggu proses penggambaran.

Begitulah ceritanya dari pihak Lisa. Apa pun kepada peminat tersebut diharap penjelasan Lisa akan menjernihkan keadaan.

Secara peribadi, kami berpendapat jika seorang artis itu sedang bekerja atau melakukan hal personal (membeli-belah, melancong dsb.) lebih baik jika kita hormati kerja dan privasi mereka, tak gitu? Ada masa yang sesuai untuk meminta bergambar dengan mereka, misalnya di sesi khas dengan peminat atau sesi promosi hasil kerja mereka.

Jika anda ada pendapat lain, anda dialu-alukan menulis di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

75 Comments

  1. Errrrrr

    October 9, 2012 at 9:21 pm

    nape kat website ni tetibe ade preview cite ‘aku terima nikahnyer’…x suka2..spam!… nak bc komen pun ade gangguan! grrrrrrrr… full stop! out…

  2. Anon

    October 9, 2012 at 7:29 pm

    Masa terserempak dengan lisa hari tu..dia yang tegur dan offer-kan diri nak ambik gambar sama.

  3. yuyun

    October 9, 2012 at 5:46 pm

    skali dua bleh la terima..tp ni dh byk kali org cter… hmm ape2 jela lisa oii

  4. wee

    October 9, 2012 at 5:38 pm

    pernah jugak jumpa lisa, dia ada shooting masa tu rasanya utk cerita juwita apa tah tu and dia rushing gila2. tapi dia sempat senyum and siap ajak ktorang join sekali tengok dia bershooting. aku pulak yang segan tgk dia peramah sgt..

  5. kuiklui

    October 9, 2012 at 5:36 pm

    xdak nk heran aih,,stakat tgkap gambaq ngan artis,,,artis pon xkai tdung

Loading...