Lisa Surihani Mohon Maaf

Lisa Surihani Mohon Maaf

Lisa Surihani membuat permohonan maaf? Untuk apa pula perlu memohon maaf?

Melalui mStar Online, Lisa menyatakan permohonan maaf tersebut kerana muncul laporan yang menyatakan Lisa enggan bergambar dengan peminat semasa menjalani penggambaran di sebuah balai.

Khabarnya peminat-peminat Lisa terkilan dengan kejadian tersebut, bagaimanapun Lisa tidak menyalahkan peminat-peminat itu, sebaliknya berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Advertisement

Secara jujurnya saya tidak berniat ]untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.

Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.

Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya

Lisa, yang mempunyai 2.1 juta peminat di Facebook,  menambah pada masa itu dia serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi. Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.

Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.

Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan mengganggu proses penggambaran.

Begitulah ceritanya dari pihak Lisa. Apa pun kepada peminat tersebut diharap penjelasan Lisa akan menjernihkan keadaan.

Secara peribadi, kami berpendapat jika seorang artis itu sedang bekerja atau melakukan hal personal (membeli-belah, melancong dsb.) lebih baik jika kita hormati kerja dan privasi mereka, tak gitu? Ada masa yang sesuai untuk meminta bergambar dengan mereka, misalnya di sesi khas dengan peminat atau sesi promosi hasil kerja mereka.

Jika anda ada pendapat lain, anda dialu-alukan menulis di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

75 Comments

  1. bulibalik

    October 9, 2012 at 4:33 pm

    Ms ffm kat sbh dlu nk brgmbr ngan retis lpas mjlis mmg lisa sorang ja yg sombong xnk brgmbr retis lain ok je trutama sazzy n yana start ari tu aku xmnt lisa wpun dkurniakan rupa tp aku lbih memandang hati yg cntik

  2. ro.chika

    October 9, 2012 at 4:32 pm

    penah jumpe mse shooting vikingdom kt upm, yusry ngan lisa. tak mesra. dan tak peramah. agaknya emo 23 jam sehari. hehehehhe. muke ketat.

  3. fasha real

    October 9, 2012 at 4:11 pm

    x kesahla ko shooting ker tgh ada show nk jaga sgt produksi ker. Agaknye lisa ni lupa kot at the end of the day sape yg akan tgk drama xreti blakon dia kalau bukan peminat!Kemon la..org pon x hengen nk bgambar ngan ko. Buat apelah nk idolakn artis yg sah2 xpatut jd role model.

    • Anonymous

      October 10, 2012 at 4:43 pm

      da xnk diam je lah…dengan fan die yg lain ok je..kalau die sombong mesti die sombong ngan sumer org/peminat. tp ade jugak peminat die ckp die ni peramah baik mesra..so what???

  4. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    October 9, 2012 at 3:43 pm

    elehhhhhh tk payah lah nk mintak maaf mintak maaf lisa peminat pon paham yg lisa tengah sebok shuting kan tkan nk bergambar pulak kan … kalau lisa tolak permintaan peminat nk bergambar mesti lisa ada alasan nye kan tkannnnnnnnnnn lah peminat ni semua tk paham. peminat2 ni pon satu macm punye biol ! sebok artist nk shuting dia sebooooooooooook nk bergambar !!! macm dh kemarok sangat !!!!!!!

  5. lisa suriramramram

    October 9, 2012 at 3:34 pm

    korang ni sbg peminat nak retis je jaga hati korang kan?cuba le korang fhm sikit.retis tu pun manusia..ada perasaan jgk..haih tak paham aku.tak dpt bergambar pun kecoh.abis yg korang kutuk2 retis tu tak pulak retis nak kecoh..diaorg hadap je..telan je..wlau[un diaorg retis..diaorg pun manusia biasa..

Loading...