Written by serenity | October 9th, 2012

Lisa Surihani membuat permohonan maaf? Untuk apa pula perlu memohon maaf?

Melalui mStar Online, Lisa menyatakan permohonan maaf tersebut kerana muncul laporan yang menyatakan Lisa enggan bergambar dengan peminat semasa menjalani penggambaran di sebuah balai.

Khabarnya peminat-peminat Lisa terkilan dengan kejadian tersebut, bagaimanapun Lisa tidak menyalahkan peminat-peminat itu, sebaliknya berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Secara jujurnya saya tidak berniat ]untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.

Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.

Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya

Lisa, yang mempunyai 2.1 juta peminat di Facebook,  menambah pada masa itu dia serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi. Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.

Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.

Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan mengganggu proses penggambaran.

Begitulah ceritanya dari pihak Lisa. Apa pun kepada peminat tersebut diharap penjelasan Lisa akan menjernihkan keadaan.

Secara peribadi, kami berpendapat jika seorang artis itu sedang bekerja atau melakukan hal personal (membeli-belah, melancong dsb.) lebih baik jika kita hormati kerja dan privasi mereka, tak gitu? Ada masa yang sesuai untuk meminta bergambar dengan mereka, misalnya di sesi khas dengan peminat atau sesi promosi hasil kerja mereka.

Jika anda ada pendapat lain, anda dialu-alukan menulis di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

75 responses to Lisa Surihani Mohon Maaf

  1. kuiklui says:

    xdak nk heran aih,,stakat tgkap gambaq ngan artis,,,artis pon xkai tdung

  2. wee says:

    pernah jugak jumpa lisa, dia ada shooting masa tu rasanya utk cerita juwita apa tah tu and dia rushing gila2. tapi dia sempat senyum and siap ajak ktorang join sekali tengok dia bershooting. aku pulak yang segan tgk dia peramah sgt..

  3. yuyun says:

    skali dua bleh la terima..tp ni dh byk kali org cter… hmm ape2 jela lisa oii

  4. Anon says:

    Masa terserempak dengan lisa hari tu..dia yang tegur dan offer-kan diri nak ambik gambar sama.

  5. Errrrrr says:

    nape kat website ni tetibe ade preview cite ‘aku terima nikahnyer’…x suka2..spam!… nak bc komen pun ade gangguan! grrrrrrrr… full stop! out…

  6. Anonymous says:

    Kecohla lu !

  7. Kepada peminat retis malaysia yg sagap nak bergambar...kalau tak bergambar boleh jadi gila tau says:

    Weh peminat2 yg sagap bergambar ngan retis..tak kisah lah siapapun artis tuh…

    Sila menabung dari sekarang..time road tour abpbh nanti korang pi join semua tempat yg retis korang suka tu join yer..pergilah bergambar sampai histera pun

    Tolong jgn nak menyemak beremosi bagai…

  8. anti-klimaks says:

    apa iklan ni?? semak lah..

  9. tuna laut dalam says:

    kekadang yang datang tu bukan peminat sebenarnya..mereka mungkin ahli persatuan bulan sabit merah atau persatuan maritim sekolah-sekolah kebangsaan..kita mana tau kan?..manusia lah katakan

    • aku tak minat lissa sgt says:

      kan… kot iye peminat, sebenarnya yg cakap tu abg polis kat balai tu… malu la tu lissa taknak tgkap gmbar dgn dia.. ataupun abg polis tu cakap dialek klate ke, nogori ke, utara ka, mane lissa nak understang, dio kecek omputih jo..

  10. AAK says:

    percaya lah, lisa ni sombong.. member aku dua kali jumpa lisa kat event, dua2 kali dia buat perangai yg sama. giler berlagak bila diajak bergambar, tp still nk bergambar walau muka terpaksa giler. lepas bergambar terus blah tak pandang langsung member aku. bila tgk blk gambar yg ditangkap, bukan main manis senyum tak hingat. mmg pelakon la minah ni. ada jugak insiden masa dia naik flight, crew tegur, beramah mesra n nk bergambar dgn dia, sekali lagi dia buat perangai berlagak dia. dgn muka yg masam, jawab acuh tak acuh. mcm biasa, dia agree utk bergambar, tp lepas bergambar terus blah x senyum langsung. tp masa tgh bergambar, muka senyum tak ingat! mmg pelakon hebat la minah ni..

  11. Lyza says:

    Lisa kene faham, bukan senang peminat nak jumpa dia.. Sebagai artis dia pon kene paham peminat.