Sampai hati anda semua cakap Abang Nara tak teguh pendirian. Kejap suka Scha la, kejap suka Diana Danielle la, kejap suka Lisa Surihani la. Yang tak tahan siap ada cakap Abang Nara suka kat Nek Jah. Memang tak patut. Sedih tau hati ini. Abang Nara pun ada hati dan perasaan.
Kan Abang Nara dah cakap, artis pujaan untuk tahun 2009 ialah Scha Al Yahya. Tahun 2010 nie dah tukar menjadi hak milik Lisa Surihani. Tahun depan mungkin tahun Diana Danielle. Tahun 2012 mungkin baru Nek Jah yang bakal menjadi pujaan hati.
Cubalah korang bayangkan macam mana la Abang Nara tak cair tengok kecomelan, kecunnan dan keanggunan Lisa kat atas tue. Entah-entah ayah Abang Nara pun boleh tercair kalau dia join tengok sekali. Dengan renungan manja dari anak mata dia tue, memang kadang-kadang Abang Nara tak tidur malam dibuatnya.
Kalau korang nak tau kenapa Lisa Surihani menjadi pujaan hati (bukan lubang hidung) Abang Nara untuk 2010, korang kena hayati gambar-gambar Lisa Surihani yang Abang Nara curik dari Facebook dia. Memang mampu mencairkan hati lelaki-lelaki kental di luar sana.
Lagi gambar-gambar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Sori entri kali ini terasa macam terluah perasaan cinta kepada Lisa Surihani plak. Sila jangan muntah.
P.P.S: Kepada buah hati Abang Nara, hanya engkau yang ku cintai. Lisa pun tak boleh menandingi dirimu.