August 26th, 2011

Abang Nara 100% yakin yang Lisa Surihani tidak tahu menahu tentang pencalonannya di dalam FHM 100 Most Wanted yang dibawakan oleh sebuah jenama arak terkenal, Carlsberg. Kalau tak silap mata Abang Nara, hanya Lisa Surihani sahaja calon yang beragama Islam di dalam hal ini.

lisa

Abang Nara pun tak adalah alim sangat. Sekadar alim-alim kucing je. Tapi serious nampak tak sesuai dan kurang sensitivi untuk Lisa Surihani dicalonkan di dalam satu anugerah yang ditaja oleh sebuah syarikat arak. Diharap pihak penganjur dapat menarik balik pencalonan ini.

Kepada pihak pengurusan Lisa Surihani, jika anda terbaca entri ini, sila hubungi pihak FHM dan minta nama anda untuk dibuang daripada pencalonan ini. Itupun kalau anda rasa anda sepatutnya berbuat demikian.

UPDATE: Juliana Evans pun turut tersenarai rupanya. Tak pasan lak. Rabun sungguh mata ini. So diharap pihak Jue pun dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Comments are closed.