Sila jangan jeles. Abang Nara tahu ramai yang kecewa kerana Lisa memilih Yusry sebagai kekasih hatinya, tetapi anda perlu ingat pepatah kalau dah jodoh tak ke mana. Daripada korang kecewa, lebih baik korang doakan jelah kebahagiaan mereka berdua nie. Mana tahu nanti dapat tengok gambar anak comel mereka berdua cepat sikit. Tak gitu?
Kalau tak silap Abang Nara, gambar-gambar ini diambil oleh Eyelogue Media semasa open house hari raya oleh pihak KRU. Memang kedua-dua pasangan kekasih ini nampak sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Semoga percintaan mereka diberkati dan akan berakhir di jinjang pelamin hendaknya.
Lagi beberapa keping gambar Lisa Surihani dan Yusry KRU beraya bersama-sama dengan membaca entri ini sepenuhnya.