Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Lisa Surihani – Biar Yusry Yang Umumkan

Masih ingat lagi entri kami yang ini? Laman Murai telah mendapatkan kenyataan Lisa Surihani tentang gosip tersebut, dan pelakon itu tidak mengiakan dan menafikannya. Cuma katanya, sebagai seorang perempuan tidak wajar kalau dia sendiri menguar-uarkan tentang itu kepada umum.

Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab oleh Yusry. Malah dia telah pun berpesan kepada saya bahawa dia sendiri akan menjawab mengenai isu perkahwinan kami.

Lisa menyatakan yang Yusry sedang sibuk dengan penggambaran Vikingdom:-

Cuma beri dia sedikit masa lagi kerana sekarang dia sedang sibuk menyiapkan filem Vikingdom. Jadi selepas dia menyelesaikan penggambaran filem tersebut sekitar bulan depan, bolehlah anda semua bertanyakan hal tersebut kepadanya.

Jawapan yang saya berikan tadi bukanlah untuk melarikan diri daripada soalan anda semua. Cuma sebagai wanita tak manis sekiranya saya yang membuat pengumuman. Lagipun dia dah berpesan kepada saya biar dia yang memberitahu kepada umum, jadi kita tunggu sahajalah bulan Disember depan.

Lisa turut mengakui yang perkenalan mereka belum sampai setahun, tetapi itu bukan tanda aras bagi menilai perhubungan mereka, sebaliknya dia memang sudah bersedia bergelar isteri:-

Kami saling mengenali tidak sampai setahun. Tapi itu bukan alasan kami tidak boleh mengakhiri perhubungan ini ke fasa perkahwinan. Kerana sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dalam hubungan cinta selama lapan tahun dan akhirnya hubungan itu putus.

Bagi saya masa bukanlah ukuran untuk menilai sesebuah perhubungan itu. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti daripada terus mengenali dirinya. Jadi kalau kita kenal hanya sekejap dan berkahwin, kita masih boleh mengenalinya lagi selepas itu.Malah saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Advertisement

Bagi kami kenyataan Lisa ini adalah sesuatu yang positif. Lisa pernah menyatakan jua yang kedudukannya sebagai ‘Wajah Eksklusif Astro’ memungkinkan perkahwinannya disiarkan secara eksklusif oleh Astro. Ramai ke jejaka-jejaka yang patah hati dengan keputusan Lisa? Kredit gambar pada Fanpage Lisa Surihani.

***

Seminar Pengurusan Amalan Terbaik Badan Bukan Kerajaan bermula hari ini di Hotel Putra, KL. Telefon 03-20523600 untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top