Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lirik Lagu Bawaku Pergi Nyanyian Kaka Feat Zizan Ada Mesej Galakkan Remaja Lari Dari Rumah?

Boleh tahan best. Itulah kata hati suci Abang Nara apabila pertama kali mendengar lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka (bukan pemain bola sepak) featuring Zizan Raja Lawak. Namun apabila ada seorang pembaca menghantar email kepada Abang Nara supaya meneliti lirik tersebut, sememangnya ada mesej yang tidak berapa sesuai.

bawaku pergi

Advertisement

Antara kata-kata di dalam email tersebut:-

Kalau dengar melodi, memang sedap. Catchy je. Tapi, jika diamati semula lagu nih, kalian perasan x ada yang x kena? Lagu nih ada mention “jangan bilang sesiapa”,”kita terus ke sempadan” & sbgnya. Mommy cuba dengar sampai abes. Mungkin mereka BERNIAT UNTUK TUNJUK MUDA MUDI NOWADAYS yang buat perkara2 begini [lari dari umah]. Tapi, mcm mesej x abeh. Xde conclusion macam nasihat ke hape. Mmg gitu je.

Abang Nara pun dengan pantasnya mengkaji lirik lagu Bawaku Pergi ini dan memang ternyata ada benarnya kata-kata pengirim email tersebut. Antara bait-bait lagu ini ialah:-

tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

Advertisement

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Kalau tak salah tafsiran Abang Nara, “buku merah” yang dimaksudkan ialah passport. Adakah lirik lagu ini menggalakan remaja lari dari rumah dan seterusnya mencari keenjoyan di luar negara? Lirik sepenuhnya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa kata anda?

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Advertisement

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

187 Comments

  1. ehhe

    March 30, 2012 at 6:37 pm

    lirik dlm lagu ni ada dua part:
    1. luahan nafsu yg membuak2 dan tindakan susulan drpd nafsu tu.
    2. faedah yg dpt dr tindakan tu = sia2 je.
    sape bijak bistari pasti akan jumpa part2 tu. selamat mencari. :)

  2. mizz

    March 30, 2012 at 6:13 pm

    dandan sbb byk kes remaja lari uma trs haram lagu nieh… x logik sggh wat tindakan mcmni…padahal kes lari umah ni dah lama berlaku plus budak2 yg lari dari uma tu yg sengal dah ada uma nak lari dok luar watpe…

    aku lagi geram dengan budak yg lari dari uma dari aku dengar lagu nie…

  3. bawaku pergi

    March 28, 2012 at 10:31 pm

    weyhh tlg la zaman aku skolah dulu pun org dh merenyam ikut jantan lari umah bagai la.
    xpyh dgr lagu pun, they’re smarter than u think.

    aku kalau dgr lagu ni mesti rasa nk lari dari tanggungjawab spt keja, n kl yg semak ni. rasa nk amek passport n g holiday rehatkan otak..

  4. asyraf_mo

    March 20, 2012 at 12:07 pm

    kalau nak lari rumah takyah dengar lagu ni pon dah boleh lari . lirik ok je. lagu best .
    nak lari umah bukan pasal lagu, be matured la . just a song

  5. i read i review

    March 9, 2012 at 9:34 am

    lirik ni mmg ‘Bold’,tp kalo dah niat dihati nak lari dr rumah,x yah ikut (dengar)lagu pun dorang ttp lari.also now days,paling banyak story keluar news paper pun pasal ‘isteri lari rumah’or ‘suami x balik rumah’.

    one more thing Abg Nara…Adakah lirik lagu ini menggalakan remaja lari dari rumah dan seterusnya mencari keenjoyan di luar negara? i disagree ,x guna passport,hanya guna i.c pun remaja boleh “berseronok ‘di negara sendiri.

    so tepuk dada,tanya akal..dengar,enjoy jgn ambil serius semuanya.

    • Izzah syahirah

      March 17, 2012 at 8:36 pm

      Saya ska lagu ni krna best

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top