Pelakon jelita, Sweet Qismina sebelum ini memaklumkan dia ada mengamalkan diet ‘liquid’ bagi menjayakan watak dalam filem Babah.
Amalan ‘liquid diet’ itu difahamkan telah membuatkan aktres itu kurus dalam masa yang singkat.
Berikutan itu, ramai peminat tampil meminta tips daripada Sweet Qismina tentang cara mengamalkan ‘liquid diet’ dan pelakon itu tidak lokek berkongsi ilmu tentang amalan diet itu.
Kongsinya lagi, amalan diet tersebut adalah berisiko kerana mempunyai kesan sampingan sehinggakan dia terpaksa memantau kesihatan mentalnya sendiri.
Saya memang lakukan liquid diet dan betul juga saya turun berat badan dalam masa seminggu tapi saya just nak inform satu benda before saya kuruskan badan, saya pergi jumpa pakar dietik.
Di mana mereka akan check saya punya kesihatan dan berat badan secara details to make sure badan saya sesuai untuk mengambil liquid diet.
Menurutnya lagi, pihak pakar akan memaklumkan jenis cecair , makanan dan minuman untuk diambil sepanjang tempoh diet dan dibukukan sebagai panduan.
Dia secara tegas meminta orang ramai di luar sana untuk mendapatkan nasihat doktor bertauliah sebelum mencubanya selain menyarankan orang untuk mencuba diet yang lebih sesuai dan sihat.
Bukan tak nak bagi anda kurus tapi cara tu tak sihat. Jaga pemakanan, bersenam, buat apa yang patut untuk lose weight. Saya minta maaf. Saya tak mahu dipersalahkan nanti bila korang buat nanti ada side effectnya, saya kena saman.
Terdahulu, Sweet Qismina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya menjalani pembedahan bariatrik untuk kurus demi menjayakan watak pesakit sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah yang dibintanginya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.