Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan

Hiburan

Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan

Semalam menerusi rancangan H!Live, penerangan penuh daripada Farhan dan Abby Abadi telah pun dipertontonkan kepada orang ramai. Memang penuh dengan kontroversi sungguh. Antara yang menarik perhatian Abang Nara ialah kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka seperti yang telah dibangkitkan oleh Abby. Selain itu, hal nafkah zahir juga menjadi topik hangat apabila Farhan memaklumkan yang dia hanya memberikan Abby apa yang dirinya mampu.

abby abadi

Advertisement

Ketika perbicaraan, Abby memaklumkan yang pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan. Malah Abby turut menafikan kenyataan anaknya, Danish yang memohon Farhan agar tidak lagi melepak dan berkaraoke bersama rakan-rakan. Kata Abby:-

Saya tidak mahu komen berkenaan itu (SMS dengan wanita lain) kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa. Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh.

Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu.

Saya melihat Farhan ini cakap pusing-pusing. Apa kuasa saya untuk minta dia ulang kembali apa yang dia cakap pada saya. Padahal SMS yang awal (lafaz pertama) itu dia sudah kata pada saya yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya ketika itu

Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah pada hari ini dan kini saya serahkan segalanya pada Allah.

Sementara itu Farhan melahirkan rasa puas hatinya dengan keputusan mahkamah. Semalam semasa di H!Live, nampak seperti Farhan hampir mengalirkan air mata. Kata Farhan:-

Saya puas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Dia pun pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Dia pernah kata saya tidak mendatangkan kebaikan kepada dia.

Dia telah cederakan saya menggunakan kuku dan kunci motor. Selepas daripada itu saya terus membuat laporan polis. Selepas daripada kejadian itu saya sudah trauma.

Saya tak pasti apa harapan yang dia letakkan pada saya bila dia kata saya tidak mendatangkan kebaikan pada diri dia. Itu media kena tanya dia sendiri. Dari segi nafkah pula, saya beri dia gaji harian saya. Mana-mana sahaja yang termampu.

Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber Café, karaoke dan melepak.

Laporan polis yang telah dibuat adalah untuk Abby jauhkan diri dari saya. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Ampang, pada 17 Mei 2014 pada jam 10.15 malam. Laporan ini untuk memastikan saya berada dalam keadaan selamat

farhan dan abby

Semoga apa yang terjadi kepada perkahwinan Abby dan Farhan akan dijadikan pengajaran untuk kita semua. Sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini. Semoga tiada dendam dan mereka berdua akan lebih bahagia selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Info asal Murai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...