Lipas merupakan sejenis serangga yang sering dijumpai di dalam rumah dan juga dalam kereta. Kebiasaannya, lipas tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah bahagian dalam kereta dan juga dalam lubang sistem pendingin udara.
Pencemaran makanan dalam kereta adalah salah satu punca yang boleh mengundang lipas dalam kereta. Ia agak memalukan jika anda membawa penumpang dan mereka terlihat lipas yang keluar dari celah-celah bahagian kereta.
Selain anda menyembur ubat serangga dalam kereta, ada cara yang mudah dan selamat untuk menghalau lipas. Tular di Tik Tok satu video yang berkongsi tips mudah halau lipas guna bahan dari dapur sahaja. Ia juga dijamin selamat jika anda mempunyai anak kecil.
Anda hanya perlukan marjerin, susu pekat dan juga minyak masak yang terpakai. Caranya amat senang dan cepat di mana anda hanya perlu campurkan kesemua bahan di dalam bekas dan gaulkan ia dengan sudu.
Apabila kesemua bahan sebati, anda boleh letakkan bekas itu di dalam seat kereta dan biarkan ia semalaman. Anda dapat lihat hasilnya pada keesokkan harinya. Ikuti video di bawah untuk lebih mudah faham.