Linkin Park Perkenal Vokalis Baharu Menggantikan Chester, Bakal Jelajah Dunia Album Baru ‘From Zero’

Hiburan

Linkin Park Perkenal Vokalis Baharu Menggantikan Chester, Bakal Jelajah Dunia Album Baru ‘From Zero’

Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Linkin Park dilaporkan telah mengumumkan vokalis terbaharu mereka bagi menggantikan mendiang Chester Bennington.

Mereka juga dikhabarkan akan menjelajah dunia bagi mempromosikan album kelapan ‘From Zero’ serta pengenalan vokalis dan beberapa lagi muka baharu dalam siri jelajah itu.

Advertisement

Penyanyi dan penulis lagu yang juga pengasas bersama kumpulan rock Dead Sara, Emily Armstrong telah dipilih bagi menjadi vokalis utama kumpulan Linkin Park.

Manakala penerbit muzik rock Colin Brittain akan menjadi pemain dram menyertai ahli yang lain iaitu Mike Shinoda, Brad Delson, Dave Farrell dan Joe Hahn.

Difahamkan, antara lokasi jelajah dunia yang diumumkan setakat ini ialah di Los Angeles, New York, Jerman, London, Seoul dan juga Colombia bermula September hingga November 2024 ini.

Terdahulu, Chester Bennington ditemui meninggal dunia di kediamannya setelah mengambil keputusan untuk menamatkan usianya sendiri pada Julai 2017 yang lalu.

Kumpulan Linkin Park dilihat berehat panjang setelah kematian Chester.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syarikat perkenal cuti tinder
1 week ago

"Jatuh Cinta Boleh Tingkatkan Produktiviti" - Syarikat Ini Tawarkan Cuti Tinder, Galakkan Pekerja 'Swipe' Untuk Cari Pasangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...