June 15th, 2012

Abang Nara masa zaman muda remaja memang minat bebenar dengan Linkin Park nie. Masa tue hampir semua kawan-kawan Abang Nara pun memang peminat setia Linkin Park. Kalau keluar album baru je, mesti diorang beli. Dan Abang Nara pasti diorang akan turut membeli album ke 5 Linkin Park “Living Thing” yang akan dilancarkan 26 Jun ini.

linkin park living thing

Agak artistik cover album “Living Thing” ini. Namun itu tidak penting sebab yang penting adalah lagu-lagu yang ada di dalam album ini. Ada 12 lagu kesemuanya dan lagu yang bertajuk “Burn It Down” telah pun disiapkan video klipnya. Agak awesome jugak.

Dan ada berita baik sekiranya anda peminat Linkin Park kerana Warner Music Malaysia sudah pun membuka pre order untuk album Living Thing ini. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana kedai muzik yang ada di Malaysia ini, bagitau tuan punya kedai anda ingin pre order album terbaru Linkin Park, dan anda akan dapat limited edition Linkin Park lanyard untuk dishow off kepada kawan-kawan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Warner Music Malaysia.


35 responses to “Linkin Park Lancarkan Album Baru “Living Thing” 26 Jun Ini”

  1. LP Fans says:

    lagu2 LP dr album Living Things dah masuk YouTube dah pon..
    dah released kt certain country..
    so ade je yg upload..
    ape2 pon memang ade sket2 style lame..
    ade lagu yg fans2 lain ckp mcm new version of “In The End”..
    tajuknye “Lost in the Echo”..

  2. tukang ajar budak says:

    yer..disebabkan aku baya2 nara, mmg ini LP ni kenangan zaman2 muda belia..tp mase tuh aku kt u lagi, duit xder, duk umah sewa pon xder internet, layan lagu kt hitz.fm jer lah…sekarang dh jadi mak org, maka aku rase dh tak seswai nak terhangguk2 layan lagu LP ni..maka aku pon beralih ke bruno mars sahaja….isk…kenangan lalu mengusik kalbu betol…

  3. Kurt Kadir Abdullah says:

    Yang komen sikit… sebab kebanyakannya peminat muzik dan yang ada knowledge…. bukan kaki gosip. Cool.

    • Anonymous says:

      salah, sbb yg suka mengumpat kat sini bdk pompuan bwh umur, mana diorg kenal linkin park sape.

    • hahaha says:

      mestilah..da tentu2 yg bwh umur bajet kiut,bajet comel n bajet hot tu dok dgr kpop je..euww retard sungguh..hahaha

Loading...