Kita Bagi Jadi! CIMB Bakal Mengadakan Konsert Orkestra Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-100!

Branded

Kita Bagi Jadi! CIMB Bakal Mengadakan Konsert Orkestra Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-100!

Setelah seabad menyediakan khidmat perbankan kepada masyarakat serantau, CIMB sangat teruja untuk menyambut ulang tahun ke-100 mereka dengan memperkenalkan gerakan sosial Kita Bagi Jadi.

Menariknya, menerusi gerakan sosial ini, CIMB berbangga menonjolkan impak sosial positif, hasil daripada beberapa siri inisiatif yang dilakukan sepanjang tahun ini.

Justeru itu, memandangkan sambutan ulang tahun ini telah sampai ke kemuncak, CIMB bakal mengadakan sebuah konsert istimewa, Konsert CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi.

Konsert ini akan dimeriahkan oleh penyanyi-penyanyi lagenda dan baru dalam industri Malaysia, yang mana persembahan mereka akan diiringi dengan instrumen luar biasa daripada Orkestra Filharmonik Muda Malaysia (MPYO).

Konsert CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi

Antara barisan penyanyi yang bakal menghiburkan konsert ini adalah seperti Datuk Zainal Abidin, Jaclyn Victor, Azlan Typewriter, dan Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain (pemenang Rising Start ASEAN CIMB).

Selain itu, terdapat juga penyanyi dan selebriti terkenal seperti Aina Abdul, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Nadia Aqilah, Tony Eusof, dan Dato’ Azizul Hasni Awang.

Konsert CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi

Memandangkan sambutan ini sangat istimewa, CIMB membawakan persembahan khas daripada Orkestra Filharmonik Muda Malaysia (MPYO), dipimpin oleh kondukter Ahmad Muriz Che Rose, yang mana bukan saja mereka akan mendendangkan muzikal yang memukau, malah mereka juga akan mengiringi instrumen penyanyi-penyanyi jemputan.

Menerusi sidang media baru-baru ini, Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan, berkata CIMB ingin memberi impak positif kepada masyarakat menerusi gerakan Kita Bagi Jadi dari pelbagai aspek, termasuk muzik.

Tambahnya lagi, menerusi gerakan sosial Kita Bagi Jadi ini, CIMB ingin mempromosikan impian bakat-bakat muda Malaysia kepada masyarakat dengan kerjasama bersama Orkestra Filharmonik Muda Malaysia (MPYO), dan tak dilupakan juga penyanyi-penyanyi lagenda.

Toni berkata CIMB menyediakan platform ini kepada bakat-bakat muda bersama penyanyi-penyanyi lagenda tanah air supaya dapat merealisasikan lagi gerakan sosial Kita Bagi Jadi.

Dengan tema muzikal dengan penceritaan visual, Konsert CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi akan dipersembahkan oleh 100 artis untuk 100 minit pada 24 November 2024, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Walaupun tiket konsert ini adalah eksklusif dan hanya berdasarkan jemputan, seramai 100 pelanggan CIMB yang bertuah berpeluang untuk memenangi sepasang tiket serta akses ke sesi beramah mesra dengan artis melalui peraduan yang diadakan di akaun media sosial CIMB Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...