Ini merupakan gambar ‘pasukan’ Brazil yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Facebook beliau. Gambar ini disertakan dengan caption “Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4 man of the match (up boss). Yang pakai songkok kad merah.”
Gambar itu menampilkan pasukan Brazil yang terdiri dari Khairy dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.
Ia turut menampilkan dua pemain negara iaitu penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Johor Darul Takzim FC Safiq Rahim.
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain dan pelakon Mr. Bean Rowan Atkinson turut dimuatkan dalam gambar berkenaan.