Bayangkan suasana hujung minggu di KL Malls yang penuh sesak, especially dekat kaunter pertukaran duit. Barisan panjang tanpa penghujung sampai ke lorong luar, orang ramai berpeluh sambil memegang pasport dan dompet tebal, menunggu giliran untuk tukar duit.
Tiba-tiba, dalam celah-celah orang beratur tu, muncul beberapa individu berbaju biru terang dengan logo QR code besar kat belakang. Mereka berdiri rileks, senyum je, macam tunggu orang datang dekat. Ada yang lalu jadi curious, terus keluarkan phone dan scan.
Dan bila QR itu dibuka… rupanya ia membawa ke sesuatu yang boleh buat kita tak perlu beratur panjang lagi untuk tukar duit. Apakah rahsia di sebalik QR itu? Jawapannya ialah Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency
Apa itu Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency?

Siapa yang kaki travel dan sering ke luar negara memang selayaknya memiliki Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency.
Satu kad, 34 mata wang, tiada caj tersembunyi! Dompet anda untuk dunia, dari Malaysia ke mana-mana sahaja. Dengan 34 mata wang dalam genggaman, anda boleh melabur, membeli-belah dalam talian, atau membantu anak di luar negara dengan mudah.
Kini lebih mudah dari sebelum ini untuk menguruskan wang merentasi sempadan dengan lancar.
Kelebihan Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency
Satu kad, 34 mata wang (termasuk Malaysia) – Urus sehingga 34 mata wang dengan satu kad sahaja. Contohnya, simpan Ringgit Malaysia, Dolar Amerika, Euro, Pound Britain dalam satu kad, memudahkan perjalanan atau urusan perniagaan di luar negara.
– Forex mudah & kadar faedah/keuntungan menarik – Nikmati kadar tukaran kompetitif dan faedah/keuntungan menarik ke atas baki mata wang asing terpilih. Kini, uruskan forex anda lebih mudah dan lancar dari sebelum ini.
Tidak berkenaan untuk produk berasaskan Qard
– Tiada yuran pertukaran – Bercuti dan berbelanja dengan yakin. Gunakan baki mata wang asing anda di luar negara dan elak yuran pertukaran tambahan. Setiap sen yang anda belanjakan, memang tepat seperti yang perlu dibayar sahaja.
– Pautan ke e-wallet – Kad debit anda boleh dihubungkan terus ke e-wallet seperti Apple Pay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan lain-lain, memudahkan bayaran tanpa tunai di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Anda boleh guna GrabPay ketika di Indonesia atau AliPay ketika di China, dan terus membuat pembayaran dengan mudah.
– Sesuai untuk ibu bapa yang membantu anak di luar negara – Dari yuran pengajian hingga perbelanjaan harian, penyelesaian ini memberi ketenangan kepada ibu bapa dengan memudahkan urusan pertukaran mata wang, lebih selamat serta menjimatkan kos. Malah, anda juga boleh memantau perbelanjaan anak anda di mana-mana sahaja melalui RHB Mobile Banking App.
Cara Memohon Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency
Mudah sahaja untuk memiliki kad debit ini. Pertama sekali, anda perlu mempunyai RHB Current atau Savings Account/-i serta RHB Multi Currency Account/-i.
Selepas selesai, anda boleh menjalani pelbagai urusan melibatkan Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency terus dari RHB Mobile Banking App. Mudah sahaja kan?
Sudah menjadi pelanggan RHB? Mohon secara dalam talian di SINI.
Baru dengan RHB? Tak apa, lengkapkan maklumat anda di SINI.
Urusan jadi mudah dengan Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency 
Dengan kad ini, anda boleh travel, shopping, atau berurus niaga di luar negara dengan lebih selesa, tanpa perlu khuatir mengenai kadar tukaran yang tak berbaloi. Semua ada dalam satu kad, semua dalam genggaman!
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman rasmi Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency sekarang juga.
Pasti korang dah tak sabar kan? Untuk dapatkan lebih banyak lagi maklumat lanjut, sila lawati laman rasmi Kad Debit RHB/-i Visa Multi Currency sekarang juga. Ikuti juga laman sosial RHB seperti Facebook, Instagram, X, dan YouTube supaya anda tidak ketinggalan sebarang kemas kini terbaru!

Akaun Deposit/-i RHB dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Multi Currency Account Gold Investment dan Multi Currency Account Silver Investment tidak dilindungi oleh PIDM. Ahli PIDM.
