Dalam keadaan dunia yang sedang dilanda wabak Covid-19, sedikit sebanyak kita pasti bimbang sekiranya sesuatu yang tidak disangka menimpa diri kita, terutamanya bab kesihatan. Iyerlah, kalau masuk hospital time-time macam ini, memang bil boleh mencecah ribuan ringgit. Pastinya ia satu bebanan, lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai perlindungan insurans.
Sebab itulah kami sangat gembira apabila mengetahui tentang kewujudan AXA eMedic, kad perubatan yang boleh dilanggan secara atas talian. Memang berbaloi, mudah dan paling penting, dapat melindungi diri kita dan seisi keluarga. Jom kita tengok apa yang best sangat AXA eMedic ini:-
5 minit untuk perlindungan seisi keluarga
Tak perlu medical check up, tak perlu keluar rumah dan tak perlu mengisi borang yang banyak. Dengan AXA emedic, anda boleh selesaikan kesemuanya menggunakan komputer atau telefon pintar anda dalam tempoh 5 minit sahaja di laman web Axa eMedic.
Serendah RM37 sebulan untuk individu
Secara jujurnya, salah satu sebab ramai rakyat Malaysia tidak mengambi insurans adalah kerana harganya yang agak mahal. Ha, dengan AXA eMedic ini anda tak perlu risau. Cuma RM37 sebulan sahaja. Memang berbaloi-baloi.
RM150 sebulan untuk keluarga
Sekiranya anda sudah berkeluarga, , maka AXA eMedic menyediakan perlindungan dengan bayaran serendah RM150 sahaja sebulan untuk seisi keluarga (ibu bapa + 2 anak). Untuk makluman, perlindungan Axa eMedic merangkumi sehingga ibu bapa + 5 anak. Anda boleh lihat pakej yang bersesuaian untuk keluarga anda di laman web Axa eMedic.
Perlindungan sebanyak RM100,000 untuk setiap individu
Perkara paling utama apabila mendapatkan insurans ialah “coverage” yang diberikan sekiranya anda masuk ke hospital. Dengan AXA eMedic, anda mendapat perlindungan sehingga RM100,000 setiap tahun bagi setiap individu. Paling best, “coverage” ini akan diperbaharui setiap tahun untuk seumur hidup anda. Sebagai contoh 2020 anda dah guna RM50,000, pada tahun 2021 anda masih ada “coverage” sebanyak RM100,000. Power kan?
Tak perlu bayar jika masuk hospital panel
Perkara paling stress apabila kita dimasukkan ke hospital ialah kita kena bayar “upfront” terlebih dahulu, sedangkan sudah pun mempunyai perlindungan insurans. Dengan AXA eMedic ini anda tak perlu risau. Pergi sahaja ke hospital panel AXA dan anda boleh terus mendapatkan rawatan tanpa sebarang bayaran (tertakluk kepada syarat) Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu hospital Panel di laman web www.axa.com.my.
Boleh menang hadiah ribuan ringgit
Ha, untuk anda yang belum ada sebarang perlindungan insurans, inilah masa terbaik untuk mendapatkan bersama AXA eMedic. Ini kerana mereka sedang menjalankan kempen “Home Sweet Home” yang menawarkan hadiah-hadiah bernilai ribuan ringgit. Antaranya seperti:-
Hadiah Utama: Sharp 50” Smart TV
Hadiah pertama: Sony PlayStation 4
Hadiah kedua: Panasonic Air Purifier
Hadiah Ketiga: Cordless Vacuum Cleaner
Hadiah Keempat: Philips Airfryer
Best kan? Insurans pun dapat, hadiah pun boleh dapat. Mana tahu ada rezeki anda kan? Inilah peluang terbaik untuk anda mencuba di laman web Axa eMedic
Diseliakan oleh Bank Negara Malaysia
Last but not least, AXA eMedic ialah di bawah penyeliaan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk makluman, AXA adalah salah satu syarikat insurans terbesar dunia dan telah mendapat tempat pertama pada tahun 2018 sebagai syarikat insurans terbaik dunia. Senang cakap, diri anda 100% akan dilindungi sekiranya mendapatkan perlindungan AXA eMedic ini. Tak akan ada sebarang masalah punyalah.
Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama lindungi diri anda dan keluarga bersama AXA eMedic. Maklumat lanjut sila layari laman web Axa eMedic.