Linda Rafar & Syed Aiman Gagal Hadir Ke Mahkamah Hari Ini

Hiburan

Linda Rafar & Syed Aiman Gagal Hadir Ke Mahkamah Hari Ini

Susulan daripada lafaz cerai yang dilakukan oleh Syed Aiman terhadap isterinya Linda Rafar pada pagi semalam, kedua-kedua mereka sepatutnya hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada hari ini untuk mengesahkan lafaz tersebut.

Advertisement

Walaubagaimanapun, sehingga tengah hari ini kelibat Linda mahupun Syed Aiman tidak kelihatan di mahkamah bagi kes berkenaan.

Berbicara mengenai lafaz tersebut, Linda menjelaskan beliau masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi. Kekecewaan beliau tidak dapat disembunyikan lagi apabila Syed Aiman bersikap terburu-buru dalam melafazkan cerai dan kemudian ingin menariknya kembali.

Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti. Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.

Pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman mendirikan rumah tanggga pada 2 Disember 2006. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq. Linda juga sedang hamil anak ketiga mereka yang kandungannya baru memasuki usia 3 bulan.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...