Linda Rafar Sudah Buat Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai

Hiburan

Linda Rafar Sudah Buat Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai

Susulan kes lafaz cerai yang telah dilakukan oleh suaminya Syed Aiman beberapa hari lalu, Linda Rafar akhirnya diberi kekuatan untuk menyerahkan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam sebentar tadi.

Linda telah hadir ke mahkamah ditemani oleh beberapa ahli keluarganya sekitar jam 9.30 pagi tadi menyerahkan borang berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Advertisement

Terdahulu, Linda mengakui Syed Aiman telah melafazkan cerai kepada beliau dihadapan ibu bapanya serta anak-anak di kediaman mereka. Namun, Syed Aiman masih lagi ingin berdolak dalih dan menepis dakwaan tersebut serta menganggap isterinya itu emosinya tidak stabil kerana pembawakan budak.

Syed Aiman juga menegaskan beliau tidak akan hadir ke mahkamah dan masih ingin mempertahakan rumah tangga beliau bersama Linda.

Sumber Berita: Berita Harian

.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...