Linda Rafar Pilih Jarang Kongsi Foto Suami, Elak Kecaman & ‘Ain’ – “Macam Dia Je Ada Suami”

Hiburan

Linda Rafar Pilih Jarang Kongsi Foto Suami, Elak Kecaman & ‘Ain’ – “Macam Dia Je Ada Suami”

Penyanyi Linda Rafar menjelaskan sebab dirinya jarang memuat naik foto suami, Syed Aiman, di media sosial. Katanya, bukan kerana mahu merahsiakan hal peribadi, sebaliknya untuk melindungi keluarga daripada kecaman, pandangan hasad dengki dan risiko penyakit ain.

Menurut Linda, setiap kali memuat naik foto, ada sahaja pihak yang menuduhnya “berlagak” seolah-olah hanya dia mempunyai suami. Jika kelihatan mesra, dikata berlebihan; bila kurang mesra, dikata ada masalah rumah tangga dan serba tak kena.

Advertisement

linda rafar takut ain

Katanya,

Sebab saya pernah, bila post ada orang cakap menyampah macamlah dia sorang yang ada suami. Pernah ada orang cakap begitu.

Dalam program ‘No Filter’ bersama hos Elly Mazlein, Linda turut menzahirkan kebimbangan terhadap suasana media sosial masa kini yang dianggap semakin negatif. Perkongsian mudah disalah tafsir, malah ada yang sengaja mencari silap untuk menghukum artis. Ujarnya, dia jarang membalas komen dan banyak perkara dibaca oleh ahli keluarga sahaja.

Linda berharap media sosial kembali menjadi ruang yang positif, bukan tempat melontar prasangka.

linda rafar
2025-07-02 21:16:55

"Ya Memang Ketat Tapi Tidaklah Terlalu Seksi, Ia Adalah Fesyen & Ramai Je Artis-Artis Pakai.." - Linda Rafar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...