September 9th, 2015

Semalam ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya apabila pelakon serta penyanyi Linda Rafar mengesahkan bahawa  beliau telah di ceraikan oleh suaminya Syed Aiman pada pagi semalam. Lebih menyedihkan lagi dan membuatkan hati Linda terluka ialah lafaz tersebut dilakukan ketika beliau kini sedang hamil 3 bulan.

Walaubagaimanapun, Syed Aiman tidak mahu mengakui tindakannya itu dan memberitahu pihak media bahawa beliau tidak tahu akan luahan hati yang dibuat oleh Linda menerusi akaun Instagramnya.

Terbaru, menurut beberapa sumber Linda dijangka ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada hari ini berkaitan lafaz  yang dilakukan oleh suaminya semalam dihadapan anak-anak dan ibunya yang membawa maksud cerai terhadap dirinya.

Satu berita yang agak menyedihkan sebenarnya, menurut Linda Rafar suaminya itu ada merasa menyesal selepas melafazkan talak dan kami berharap agar mereka dua dapat lagi mempertahankan rumah tangga mereka. Kesian pada anak-anak dan bayi yang masih berada di dalam kandungan Linda.

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...