Linda Rafar Dedah Pandai Mengurut & Baca Hati Orang – “Boleh Tahu Orang Tu Suka Ke Tak”

Hiburan

Linda Rafar Dedah Pandai Mengurut &  Baca Hati Orang – “Boleh Tahu Orang Tu Suka Ke Tak”

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mendedahkan bahawa dia mempunyai kebolehan untuk mengurut dan juga menilai hati seseorang.

Linda juga memaklumkan bahawa ada rakan selebriti cuba untuk menutup periuk nasinya dalam industri.

Advertisement

Ditemui media, penyanyi itu berkata bahawa ahli keluarganya juga tahu akan keistimewaan yang dimilikinya itu.

Dah lama keluarga Linda tahu yang Linda daripada kecil memang dah gifted dalam mengurut.

Linda ada satu instict lah. I boleh tahu hati orang. I boleh tahu, I tengok orang tu I tahu orang tu suka I macam tu ibarat. I tahu jugak orang tu suka I walaupun orang tu berlakon macam suka.

Disebabkan oleh kelebihannya itu, Linda berkata dia dapat mengenali siapakah rakan artis yang bercakap buruk di belakangnya selain cubaan untuk menghalang produksi daripada mengambilnya berlakon dalam sesuatu naskah.

Ada, kawan sendiri pun ada. Menutup periuk nasi, bila orang tanya Linda Rafar nak nombor telefon, nak panggil dia berlakon, ‘Linda dah tak berlakon dah’…artis sama artis jugakla.

Saya okay saja kalau kena dengan jadual. Maksudnya dia tutup periuk nasi saya, dia menghalang saya daripada berlakon. Maksudnya dia cemburulah, tak sangkalah.

Kata Linda, ada syarikat produksi menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam dunia lakonan gara-gara termakan kata-kata selebriti lain yang mendakwa dirinya sudah bersara.

Perkembangan terkini, isteri kepada pelakon Syed Aiman itu kini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Sujud yang menjadi runut bunyi bagi drama Zuriat Dari Penjara.

Mas Khan rating polis evo 3
2 years ago

"Setup Nampak Murah Macam Filem 'Low Budget'" - Mas Khan Bagi 'Rating' 6 Per 10 Untuk Filem Polis Evo 3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...