Penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas dengan sikap serta layanan dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tempat ibu beliau dirawat.
Menurut Linda, jururawat itu bersikap biadap dan kurang ajar hanya kerana beliau meinta untuk menukar cadar di katil ibunya yang terkena najis. Permintaannya itu tidak diendahkan dalam tempoh yang sangat lama.
Isu tersebut sudah menjadi viral serta hangat sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama tetapi ada juga yang tidak setuju dengan tindakan Linda memuat naik perkara itu di media sosial. Lebih baik untuk selesaikan secara matang dan membuat laporan mengikut saluran yang betul.
Apa-apa pun, kami harap Linda dan pihak hospital dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

ntahla
January 31, 2019 at 5:58 pm
Biasalah kita buat kerja kita, orang lain tak faham.
Mcm kalau jd artis, org expect kita senyum je kan, entertain orang lain je. kalau jd nurse org expect tlg segala2nya dgn pesakit. kalau mcm sy ni buat bisnes, kdg2 berhari2 tak untung sampai mkn roti kering je pn customer hari2 minta diskaun, nk free je memanjang,
Anonymous
December 31, 2018 at 10:05 am
eh linda rafar …jgn babitkan akai tudung ke ae.itu isu sensitif..kau pun dulu x bertudung,,islam ke kau..islam jugak kan.. ni issue snsitif.. lagi satu.. jgn lah kau buka aib ko, setakat tukar cadar pun xkan la ko xley buat dgn maid kau,heiii itu mak kau taw bukan org lainn..klu ko nak layanan vvip ko g swasta..ko kan bnyak duit..duit hasil simpatyn ke xthu lah,,, mmg pandai berlakon tapi jgn terkantoi lakonan kau
Hamba Allah
December 31, 2018 at 8:30 am
Tak perlu menunding jari pada siapa2..masing masing ada silap. Mungkin apa yang terjadi pada LR ni adalah suatu kifarah..siapa tahu..
Kita patut ambil yang positif. Level mana pun kita, ustazah kata kita perlu bersangka baik semua orang.
Pada nurse2 diluar sana juga, ambil ini sebagai pengajaran dan buatlah kerja dengan amanah dan bertanggungjawab. Kalau masing-masing saling menghormati, kes ini takkan jadi besar.
Tak dinafikan, kita juga perlukan bantuan mereka.
Goneng
December 30, 2018 at 4:00 pm
Sikit sikt nk viral..kang viral balik pic bogel lnda rafar ngn edry baru ko rasa
Hamba Allah
December 30, 2018 at 9:49 pm
Tak perlu laa nak buka aib orang. Aib kita pun Allah tutup.. huhu
Nurse pemalas
December 29, 2018 at 10:06 pm
Mmg hakikatnya byk nurse yg kekwat n pmalas. Cuma x brtemu buku ngan ruas je. Bila brtemu jadi la cm ni. Nk sentap, takut lak bile jadi viral.