Dikecam hebat gara-gara berpakaian tidak sesuai ketika konsert Elite, penyanyi Linda Rafar sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu telah memuat naik tangkap layar balasan komen Linda Rafar terhadap netizen yang mengkritiknya di TikTok.
Dalam komen itu, Linda dilihat berseloroh membalas komen netizen.
Namun, tindakan Linda dianggap keterlaluan dan ramai yang tidak menyangka pelakon dan penyanyi jelita itu membalas komen netizen sedemikian rupa.
Namun ada juga yang beranggapan komen netizen itu sendiri juga agak keterlaluan dan mungkin Linda Rafar sudah hilang sabar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.